Karnival Kerjaya? Tunggu dahulu, sudahkah anda lakukan perkara berikut

sogn

Kenapa perlu hadirkan diri ke karnival kerjaya?

Satu acara yang menghimpunkan puluhan malah ratusan syarikat yang mencari bakat baru di dalam memacu prestasi syarikat. Itulah karnival kerjaya. Saban bulan, karnival kerjaya dijalankan oleh pelbagai pihak. Baik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Badan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi pendidikan, Agensi pekerjaan, mahupun parti politik.

Perlukah hadir ke karnival kerjaya membawa resume dan berpakaian formal? Skemanya…

Antara kaedah tradisional/konventional di dalam permohonan kerja adalah menunggu iklan kerja dan menghantar resume. Tiada iklan kerja, tiada tindakan!

Cabaran permohonan kerja masa kini adalah lambakan graduan dan calon berkelayakkan. Majikan mempunyai lebih banyak pilihan. Karnival kerjaya adalah medan bertemu muka dan mencipta pandangan pertama yang mengujakan.

Antara persiapan SEBELUM hadir ke karnival kerjaya:

  1. CARI laman sesawang khas karnival kerjaya
  2. KENAL PASTI senarai syarikat yang membuka booth dan lokasi booth
  3. SENARAI pendek syarikat yang mahu didekati
  4. BINA resume mengikut niche syarikat yang disasarkan – lebih baik, 1 syarikat/niche = 1 resume
  5. SEDIAKAN pakaian yang bersesuaian (formal)
  6. TEMPAH kad nama khas anda

Career-Fair-Business-Card


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *