Tip Pantas Penulisan Resume

tulis-resume

Mata, hati dan emosi pembaca (bakal majikan) adalah penting untuk memastikan selepas membaca resume yang dihantar, mereka berminat untuk panggil ke temuduga. Maksud, di dalam resume itu ada nilai yang mereka cari!

Oh ya, sebelum bermula, semak dahulu asas penulisan resume berikut:

  • Susunan kerangka resume yang baik;
    1. Maklumat untuk dihubungi – nama, alamat, no telefon, emel
    2. Pendidikan – Ijazah> diploma/STPM/matrikulasi/asasi> SPM
    3. Pengalaman kerja – latihan industri, kerja sambilan (yang pernah dibayar)
    4. Latihan/program yang pernah dihadiri – pilih yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon
    5. Jawatan/anugerah yang pernah disandang – pilih yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon
    6. Jenis dan tahap kemahiran yang dimiliki – pilih yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon (skala: advanced>intermediate>beginner)
    7. Rujukan – maksimum, 2 orang dan mestilah pernah mempunyai hubungan profesional dengan kita
  • Bina alamat e-mel yang profesional, gunakan nama sendiri – tanpa tahun lahir, tanpa gabungan nama (selain nama rasmi dan ayah)
  • Semua maklumat yang dimuatkan di dalam resume adalah 5 tahun dari sekarang
  • Susunan maklumat adalah daripada yang terkini dan kebelakang – 2016, 2015, 2014, 2013, 2012
  • Selaraskan format penggunaan nama bulan – Januari, Februari (atau) Jan, Feb
  • Peraturan 3 – setiap kategori perlu ada minimum 3 poin
  • Patuhi setiap tanda bacaan – koma, noktah, huruf besar/huruf kecil, nama khas dan sebagainya
  • Penggunaan Bahasa adalah bersesuaian dengan iklan tawaran kerja – Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris

Nota: konsep hiasan resume adalah berbeza mengikut niche kerjaya. Seni, berseni. Kepeguaman, skema sikit. Jurutera, direct to the point. Begitulah seadanya…


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *