Tajaan pelajaran dan jenisnya

El Dorado High School seniors celebrate the end of the graduation ceremony by doing the traditional cap toss. Democrat photo by Jackie Penn

El Dorado High School seniors celebrate the end of the graduation ceremony by doing the traditional cap toss. Democrat photo by Jackie Penn

Siapa yang tidak mahu ditaja? Belajar sahaja pun sudah memerlukan kos yang tinggi. Apatah lagi di luar negara. Selain pendapatan keluarga yang tinggi, untuk yang kurang berkemampuan, tajaan pelajaran atau biasiswa atau pinjaman pelajaran adalah solusi terbaik.

Kenali perbezaan tajaan pelajaran ini (biasiswa atau pinjaman). Kesemuanya memberikan bantuan daripada sudut kewangan dan peluang. Bezanya, pada bahagian selepas tamat belajar. Semak syarat permohonan dan baca maklumat tajaan pelajaran dengan teliti ya. Ada yang khusus, ada yang umum. Ada untuk lepasan SPM, ada untuk kemasukkan ijazah (dari diploma, sijil, STPM, matrikulasi, asasi dan sebagainya).

1) Biasiswa non-bonded.

Pelajar di bawah tajaan ini tidak perlu berkerja dengan organisasi yang membiayai pengajiannya. Contoh: Delloyd Foundation – http://delloydfoundation.org/scholarships/

 

2) Biasiswa bonded.

Pelajar tajaan perlu berkerja dengan organisasi yang membiayai pengajian untuk tempoh tertentu, bergantung pada jumlah tajaan dan perjanjian yang dipersetujui. Contoh: UEM Group – http://www.uem.com.my/scholarship.aspx

 

3) Pinjaman boleh ubah.

Jumlah pinjaman yang perlu dibayar balik boleh dikurangkan kepada nilai tertentu bergantung kepada keputusan peperiksaan akhir di Universiti. Contoh: Yayasan Bank Rakyat – http://www.yayasanbankrakyat.com.my/index.php

Buat yang sedang menunggu keputusan peperiksaan dan mencari tajaan/biasiswa/pinjaman pelajaran, selamat maju jaya!


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *