Temuduga: kompetensi vs simpati

cpw

Permulaan temuduga adalah penting untuk membuatkan panel teruja untuk tahu lebih banyak tentang kita atau sebaliknya. Kita dipanggil ke temuduga kerana ada bakat tertentu yang diperlukan organisasi. Jika kita tiada bakat, organisasi tidak panggil. Bila dipanggil, fokus kepada bakat (kemahiran/kelebihan) diri.

Soalan: Ceritakan kepada saya tentang diri anda.

Tip: pasakkan di dalam minda dan tanya diri, “apakah yang aku ada (kemahiran/kelebihan) dan ia boleh membantu meningkatkan prestasi organisasi (yang kita mohon).”

Jawapan simpati:
– nama
– asal usul
– tarikh lahir
– taraf keluarga
– perkerjaan ibubapa

TUKAR!

Jawapan kompetensi:
– nama
– institusi terakhir
– bidang pengajian
– pengalaman kerja (praktikal – apa yang pernah dilakukan)
– kisah kejayaan paling besar

Apabila ditemuduga, majikan pasti bercerita tentang suasana dan cuaca kerja di syarikat mereka. Ia prosedur temuduga standard. Dengar dengan teliti dan fahamkan diri sendiri.

Tanya diri, “mampukah aku?”.

Sepanjang sesi temuduga, jawab dengan jujur. Boleh, kata boleh. Tidak, katakan saja tidak. Elakkan berjanji sesuatu yang diri sendiri belum tentu mampu melaksanakannya. Kesannya, bila diterima berkerja kelak.

Semuanya akan diingat, diukur dan dinilai sepanjang anda berkerja dengan syarikat.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *