Tip hadir ke karnival kerjaya

7-tips-tampil

Pesanan lembut (soft reminder) – di dalam ribuan yang hadir ke karnival kerjaya, tonjolkan kehadiran kita dengan mendekati pihak syarikat dan mulakan perbualan.

SEMASA di karnival kerjaya, lakukan ini:

  1. TAMPIL dengan lengkap berpakaian formal (korporat)
  2. TIBA awal dan pilih waktu pagi – mood pagi masih segar dan belum sesak
  3. BAWA dokumen yang mengandungi sijil-sijil, resume dan kad nama khas kita
  4. BUAT warm-up (pusingan pertama) – fasa menenangkan diri, agar lebih yakin
  5. HAMPIRI booth yang sudah dikenalpasti – hasil daripada kajian awal sebelum hadir ke karnival kerjaya
  6. MULAKAN perbualan dan hulurkan kad nama khas – bertanyakan tentang latar belakang syarikat dengan lebih mendalam, strategi dan sasaran syarikat, suasana berkerja di syarikat
  7. KONGSIKAN pengalaman lalu (melalui latihan industri/kerja) atau kemahiran diri yang berpotensi disumbangkan untuk meningkatkan prestasi syarikat
  8. DAPATKAN kad nama individu yang berbual dan berhubung di booth – terutamanya e-mel
  9. SERAHKAN resume kita kepada individu terbabit – pastikan ia diserahkan di tangan, elakkan dimasukkan di dalam kotak “drop your resume here
  10. AKHIRI perbualan dengan penghargaan – nice talking to you, have a nice day.

Yakin adalah kunci utama mereka yang berjaya mendapatkan tempat di dalam organisasi. Buang jauh-jauh rasa segan dan malu. Maju terus!


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *