Career Cube di TVAH – Belia dan Sektor 3D

Bilangan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara dicatatkan hampir satu juta. 1/3 daripadanya adalah sektor profesional seperti doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Selebihnya, cenderung memilih kerja di sektor 3D (Dangerous, Dificult, Dirty).

Sektor yang sentiasa memerlukan tenaga kerja. Maksud, peluang kerja sentiasa ada.

Memasukinya memerlukan persediaan;

1) Pengetahuan asas – lepas SPM, mohon jurusan teknikal sama ada sijil kemahiran mahupun diploma.
2) Pengalaman – tanpa disuruh, libatkan diri di dalam kerja-kerja 3D walaupun secara sambilan.
3) Kemahiran – mahir akan datang dengan kekerapan dan konsisten.
4) Bermula dari bawah – ia membawa kita menjadi ketua yang baik kelak.
5) Komitmen – 5 tahun pertama untuk penuhkan tabung pengalaman.

Ada orang dapat gaji lebih, ada yang dapat sedikit. Kerana yang dapat gaji lebih ada nilai pengetahuan, pengalaman, kemahiran, komitmen dan sanggup bermula dari bawah.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *