Berbaju kurung ke temuduga

Di dalam artikel sebelum ini, telah dikongsikan panduan pemakaian ke temuduga untuk calon wanita –http://careercube.com.my/2017/category/pakaian-temuduga-wanita/

Jika anda mahu pekerjaan yang profesional, berpakaianlah secara profesional dan paparkan imej serta etika yang profesional. Ini kerana penilaian orang lain terhadap kita semasa temuduga sudah pun bermula hanya dengan memerhati imej kita, tanpa perlu terlebih dahulu berkata-kata.

Tidak dinafikan baju kurung adalah pakaian rasmi di sektor awam terutamanya dan di kebanyakkan sektor separa awam. Sekiranya temuduga yang dihadiri adalah temuduga di sektor ini, amat digalakkan untuk berbaju kurung ke temuduga.

Sering kali kami ditanya persoalan tentang bolehkah berbaju kurung ke temuduga. Jawapannya, boleh dan berikut adalah tip memilih baju kurung yang menonjolkan karisma pemakai:

  1. Warna yang lembut, elakkan kekelabuan, hitam, merah, warna terang menyerlah
  2. Gabungan warna yang terdapat pada baju kurung dan tudung tidak harus melebihi 3 warna
  3. Baju kurung polos (plain – tidak bercorak) dipadankan dengan tudung bercorak ringkas (abstrak)
  4. Corak abstrak seperti batik, elakkan berbunga-bungaan (pattern) yang besar
  5. Material kain chiffon, elakkan cotton, lycra, spandex dan pastikan ia tidak jarang
  6. Perincian seperti manik, lace, diamond, sulaman hanya pada bahagian hujung lengan dan bawah baju, elakkan meletakkan perincian di bahagian dada/perut
  7. Saiz yang sesuai dengan saiz badan, tidak terlalu besar atau terlalu sendat

Antara wanita yang setia berbaju kurung dan idola kebanyakkan wanita berkerjaya adalah Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

tan sri zeti

Sumber gambar: google image.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *