Folio/Kajian Kerjaya: panduan buat pelajar

Portfolio-e1455181090496

Memiliki satu kerjaya impian diperingkat pengajian menengah akan memberikan gambaran jelas tentang matlamat kerjaya pelajar. Pada setiap usaha dan penglibatan di dalam aktiviti samada di sekolah mahupun di rumah, akan memberi dorongan dan semangat kepada pelajar untuk berjaya di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengetahuan berkaitan kerjaya ini boleh diperolehi melalui pencarian maklumat secara maya, temuduga, perbualan santai, perkongsian rakan-rakan, menghadiri program kerjaya dan sebagainya. Pembukuan maklumat-maklumat ini dapat membantu pelajar merangka dan merancang perjalanan kerjayanya.

Perincian terhadap maklumat kajian kerjaya:

  1. Assessing Self
    • Apakah 3 kod dominan Self-Directed-Search (SDS) – RIASEC
    • Senaraikan 3 kecenderungan kerjaya yang bersesuaian dan diminati dan berikan penerangan ringkas tentangnya
    • Daripada 3 pilihan di atas, pilih 1 untuk dilakukan kajian mendalam tentangnya

riasec-for-folio-e1455180093638

2. My Career – Long Term Goal

  • Pengenalan terhadap kerjaya pilihan.
  • Kerjaya ini merupakan cabang kerjaya di dalam bidang apa?
  • Suasana kerja; lokasi, tugas rutin, tangga gaji
  • Cabaran kerja di dalam bidang pekerjaan
  • Ciri-ciri personaliti/karakter yang diperlukan
  • Syarat kelayakan untuk diterima berkerja
  • Tokoh di dalam bidang pekerjaan

3. Education Path – Short Term Goal

  • Apakah jenis pensijilan akademik yang diperlukan untuk memenuhi keperluan berkerja di dalam bidang kerjaya yang dipilih?
  • Senaraikan institusi pengajian tinggi yang menawarkan jurusan tersebut.
    1. Tempatan
    2. Luar Negara
  • Khususkan kajian, nyatakan di fakulti mana jurusan tersebut ditawarkan.
  • Apakah syarat kelayakan untuk diterima masuk belajar di institusi terbabit?
  • Pra-Universiti – senaraikan peluang yang ada.
    1. Matrikulasi
    2. Diploma
    3. A-Level
    4. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
    5. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Apakah syarat-syarat untuk sambung pengajian ke peringkat pra-universiti?

4. Funding

  • Senarai sumber kewangan yang memberi bantuan pembiayaan pelajaran di peringkat tinggi.
    1. Biasiswa/tajaan Non-bonded
    2. Biasiswa/tajaan Bonded
    3. Pinjaman Bolehubah
  • Apakah syarat-syarat setiap organsasi yang memberi tajaan/pinjaman pelajaran ini?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *