Ada apa dengan Matrikulasi?

quantum-physics-lecture-e1455699724468

Program Matrikulasi adalah program ekspress untuk lepasan SPM melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti. Bahagian Matrikulasi di Kementerian Pendidikan Malaysia, menguruskan sebanyak 14 Matrikulasi (termasuk 3 kolej teknikal).

Diawal penubuhan matrikulasi ini adalah untuk menjadi platform pelajar berpotensi besar agar cepat memasuki universiti. Syarat kemasukkan ke matrikulasi memerlukan kesemua subjek elektif sains/akaun mencapai minima C. Setelah satu tahun, pelajar layak untuk memohon kemasukan ke universiti. Hanya 1 tahun!

Berita baik, semua pelajar matrikulasi diberikan elaun pengajian setiap semester tanpa mengira latar belakang pendapatan keluarga. Jika bijak urus wang, sepanjang 1 semester itu tidak perlu meminta wang lebih daripada keluarga (tertakluk kepada kaedah pengurusan kolej).

Proses pembelajaran di matrikulasi adalah lebih santai namun, pelajar perlu berdikari. Konsepnya mengajar pelajar agar bersedia dengan budaya kampus sebenar di universiti.

Baca lanjut: http://www.moe.gov.my/my/Program-yang-ditawarkan-BM


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *