Kenapa memilih diploma?

Diploma-1-e1455698471530

Diploma menerima pelajar daripada lepasan SPM. Ia menawarkan pelbagai jurusan baik dari bidang sains, teknikal, kemahiran, sastera, kemanusiaan, perakaunan, ekonomi dan sebagainya. Secara majoritinya, tempoh pengajian diploma ini adalah 3 tahun.

Di Malaysia, institusi yang paling banyak menawarkan tempat untuk diploma dengan pelbagai bidang adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM). Ia mempunyai kampus cawangan di setiap negeri. Politeknik dan Kolej Komuniti, lebih menjurus kepada diploma bidang teknikal dan “hands-on”.

Diantara kelebihan memilih diploma sebagai laluan pendidikan selepas SPM;

  1. Jurusan yang dipilih adalah spesifik kepada kerjaya
  2. Jika menyambung ijazah sarjana muda, berpotensi untuk memohon pengecualian unit/kredit
  3. Merasai suasana dan budaya hidup universiti
  4. Peluang kerja lebih luas terutamanya jurusan teknikal kerana majikan lebih suka menggaji pelajar berkemahiran
  5. Pengukuhan konsep asas bidang yang dipelajari, kerana tempohnya lama 3 tahun berbanding pilihan selepas SPM yang lain

Awas! Ada juga bidang yang tidak menawarkan diploma sebagai pensijilan bersyarat untuk meneruskan ijazah sarjana muda. Contohnya, psikologi/kaunseling.

Untuk menjadi kaunselor atau pakar psikologi, laluan pelajaran yang baik adalah;

SPM – STPM@Matrikulasi@Asasi – Ijazah Sarjana Muda – Sijil Kaunselor

Maklumat tambahan:


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *