Peringkat di dalam temuduga

Temuduga adalah suatu proses komunikasi. Panel temuduga memanggil calon untuk mendapatkan maklumat diri calon dengan lebih terperinci. Maknanya, apabila dipanggil sahaja ke temuduga bermakna pihak organisasi telah berminat dengan permohonan yang dikemukakan.

Di dalam pelaksanaan proses temuduga, terdapat 3 peringkat paling utama;

3stages

  • INTRO – sesi santai yang lebih berfokus untuk menenangkan calon sebelum peringkat seterusnya. Kebiasaannya, panel bertanyakan tentang perjalanan ke tempat temuduga, sudah makan atau belum dan sebagainya.
  • FORMAL – bermulalah sesi “menggali” maklumat oleh panel. Fasa terbaik untuk menyatakan kkemahiran dan kompetensi calon. Fokus kepada kekuatan diri. Bacca lanjut, di sini (link ke artikel FAQ)
  • CONCLUSION – panel bertanyakan kepada calon sekiranya ada persoalan lanjut. Ambil peluang, tanya soalan berkaitan perkara yang ditawarkan dan organisasi. Jangan akhiri temuduga tanpa bertanya soalan kepada panel.

Apabila dipanggil ke temuduga, jangan tolak. Hadir sebanyak mungkin temuduga yang dipanggil. Pengalaman akan memberikan maklum balas terbaik mengapa strategi kita gagal/berjaya.

Tenang-tenang sahaja.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *