STPM: Macam masuk sekolah semula?

IGCSE-Examination-Room-805x364

Memasuki fasa pra-universiti adalah suatu yang amat mengujakan. Pada sistem minda, tiada lagi pakaian sekolah, tiada lagi pertembungan dengan pelajar sekolah!

Jika dulu, menyambung STPM/STAM adalah pilihan terakhir kebanyakkan pelajar. Alasannya, sudah tidak dapat apa-apa tawaran maka ke tingkatan 6 sahaja. Kini, peringkat pengajian tingkatan 6 bukan lagi pilihan terakhir.

Kementerian Pelajaran Malaysia sudah memulakan pemusatan sistem tingkatan 6 daripada sekolah. Pelajar tingkatan 6 ditempatkan setempat. Proses ini berkala, sehingga di satu penempatan hanya ada pelajar tingkatan 6. Ala-ala kolej. Tiada lagi seragam hijau pekat/putih dan biru/putih.

Seperti matrikulasi, silibus dan cabang pengajian tingkatan 6 lebih kurang sama. Tingkatan 6 ada 3 aliran utama; sains, sastera dan agama. Cuma bezanya, tingkatan 6 menawarkan subjek Pengajian Am. Subjek wajib STPM. Namun, dengan pemusatan yang akan dilakukan kelak, lebih banyak cabang pengajian akan dibuka untuk mempersiapkan pelajar.

STPM di masa akan datang dilihat lebih kondusif apabila pelajarnya semakin tersedia dan bersedia untuk ke kampus!

Bacaan lanjut:


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *