Kesalahan Penulisan Resume

resume-2-805x452

Resume adalah dokumen pertama yang tiba di peti masuk e-mel pegawai sumber manusia apabila iklan kerja dibuka. Berapa banyak yang mereka terima? Secara purata, untuk 1 kekosongan jawatan sahaja mereka menerima kurang lebih 200 permohonan.

Dokumen ini seharusnya mengandungi butiran profesional pemohon. Resume yang baik, akan disaring dan dipertimbangkan untuk fasa seterusnya, iaitu temuduga. Resume tidak menjaminkan seseorang itu mendapat kerja, ia memberi peluang kita dipanggil ke temuduga.

Antara kesalahan yang sering dilakukan di dalam menulis resume adalah:

  • Melebihi 2 mukasurat
  • Alamat e-mel yang tidak profesional
  • Kerangka resume yang umum tanpa fokus kepada kompetensi
  • Tidakmenghuraikantentangtugas yang pernah dilaksanakan sewaktu latihan industri
  • Butiran peribadi yang tidak perlu, seperti tarikh lahir, tempat lahir, bilangan adik beradik dan sebagainya – butiran ini, ditulis di dalam borang butiran pemohon sewaktu temuduga
  • Gambar yang dikepilkan merupakan gambar yang di ‘ubahsuai’ (crop)
  • Memasukkan maklumat/data yang melebihi 5 tahun daripada tahun terkini
  • Skala ukuran kemahiran yang tidak realistik (1-10)

Sudah semak resume anda? Terus ubah!


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *