Pemilihan kerjaya: bagaimana?

future-805x452

Mengapa perlu memilih kerjaya?

Antara perkara yang dijadikan sebab utama pemohonan kerja adalah kestabilan kewangan peribadi (jaminan dan faedah) dan keseimbangan kerja dan keluarga. Pemilihan kerja pula amat bergantung kepada kelayakkan dan kemahiran yang diperolehi.

Sehingga kini, kurang lebih 210,000 graduan menganggur sejak tahun 2013. Persiapan awal dan pengetahuan tentang kerjaya dapat membantu pelajar memilih cabang kerjaya dengan baik. Jadi, bagaimana caranya?

  1. Semak kecenderungan minat kerjaya, (boleh menggunakan psikometri atau kod SDS), kenalpasti 3 kerjaya impian (minimum)
  2. Sediakan folio khusus berdasarkan kerjaya tersebut –> bidang tugas, syarat kelayakan, persekitaran kerja dan sebagainya
  3. Bina pengkalan data tentang universiti yang menawarkan jurusan yang berkaitan dengan kerjaya –> semak laman web university!
  4. Cari individu yang bekerja di sektor kerjaya berkenaan –> tanya: cabaran, kejayaan dan rutin kerja
  5. Hadiri bengkel persiapan ke temuduga yang dijalankan samada di sekolah mahupun di kawasan sekitar rumah
  6. Fahami asas penulisan resume daripada fasa sebelum dan pelajari teknik penulisan resume yang efektif
  7. Hantar permohonan tajaan pelajaran –> cari organisasi/badan yang menawarkannya

Fikirkan, di manakah anda 5 tahun akan datang? Ia bermula daripada tindakan hari ini.


Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *