November 11, 2016

SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SK1M) / GRADUATE EMPLOYABILITY

 

1   Apa itu SL1M?

SL1M inisiatif membantu graduan muda

Hantar 10 resume hanya satu sahaja dipanggil temuduga. Tingkatkan kualiti resume dan dokumen anda, tingat kadar dipanggil ke temuduga.

Graduan idaman majikan

Yang tinggi nilai ‘commen sense, kesetian dan cepat beljar. Nilai TPNG hanyalah satu aspek penilaian. Generasi Y yang memiliki sikap kerja yang profesional adalah sangat mahal bagi majikan.

 


 

2   Career Cube dan SL1M

Telah melatih ribuan graduan SL1M

Dan ratusan yang telah mendapat maklum balas sangat positif dari majikan dalam dan luar negara, syarikat tempatan mahupun antarabangsa, bukan hanya sektor kerajaan bahkan sektor swata. Sebelum ini bagai tidak wujud, kini menjadi buruan majikan.

Pendekatan praktikal dan mampu dipraktik segera

Hasil adalah indikator kejayaan. Kami berikan anda hasil yang dapat dilihat segera. Tahap penguasaan kefahaman peserta, hasil resume selepas bengkel yang berimpak tinggi, penampilan profesional dan cara komunikasi profesional. Laporan lengkap beserta analisis setiap individu dibekalkan untuk pengendali SL1M bagi rujukan dan tindakan lanjut.

 


 

3   Program yang dianjurkan

 

Job Preparation Workshop

JPWLatar belakang akademik adalah penting untuk kerjaya namun itu sahaja bukan lagi satu jaminan untuk mendapatkan kerja. Persaingan mendapatkan kerja semakin sengit, hanya untuk satu jawatan, ada ratusan tenaga kerja profesional yang berkelayakan.  Bagaimana mahu tampil unggul dan dapatkan kerjaya idaman terutama bagi graduan muda?

  • Lebih mudah, carian kerja dan mengkaji peluang kerjaya dengan teliti.
  • Resume lebih berkesan, resume diolah khusus untuk setiap iklan kerja.
  • Lebih meyakinkan, urus ‘resume online’ agar tampil profesional.
  • Keunikan yang menarik, bina surat sokongan yang jelas dan berhala tuju.

 

Image Enhancement Workshop

IEWPenampilan profesional, salah faham pakaian formal dan lemah nilai etika profesional menjadikan graduan muda menghadapi cabaran untuk mendapatkan kerja dan maju dalam dunia kerjaya. Urusan kerja, bisnes, rakan perniagaan, rakan sekerja, majikan, pelanggan dan prospek akan memilih meneruskan urusan hanya jika mereka telah percaya.

  • Keterampilan unggul, bina persepsi awal yang mengkagumkan.
  • Lebih kemas, harmonikan etika dan fesyen semasa dalam dunia korporat.
  • Lebih Harmoni, padankan warna, fabrik, corak dan potongan dengan tepat.
  • Efektif dan kemas, berkomunikasi dan bertindak dengan bijak dalam pasukan dan bersama pelanggan.