11 First Impression Yang Membatalkan Niat Majikan Untuk Ambil Anda Bekerja (Part 1)

First impression atau tanggapan pertama amatlah penting tak kira jika anda ingin ditemuduga untuk meminta kerja atau ditemuduga sebagai calon menantu sekali pun. Kalau tak masakan wujud frasa ‘Love at first sight’. Ramai calon temuduga kecundang pada impresi pertama tanpa sempat pun majikan melihat skil dan keputusan pelajaran calon.

Kami cuba bawakan 11 first impression yang berkemungkinan menyebabkan anda gagal dalam temuduga:

1. Memakai Pakaian 3K: Kurang Sopan, Ketat, Kasual
Perlu diingat, anda sedang bersiap untuk ke sesi temuduga, bukan bersiar-siar di hujung minggu Bersama rakan-rakan. Pemilihan pemakaian amatlah penting bagi memastikan anda dianggap sebagai calon yang serius, matang dan bukan datang sekadar untuk bersuka-ria.

Untuk mengetahui apa yang patut anda pakai semasa ke temuduga, boleh klik di link ini > senarai semak pakaian ke temuduga untuk perempuan  dan senarai semak pakaian ke temuduga untuk lelaki

 

2. Datang Lambat ke Temuduga dan Tidak Dimaklumkan Awal

Ini pantang bagi syarikat-syarikat. Anda bukan sahaja membuang masa, malah merugikan syarikat yang perlu tertunggu-tunggu menantikan kehadiran anda. Dalam dunia perniagaan ‘Time is money’.

Sekiranya syarikat telah menghubungi anda untuk menetapkan tarikh dan masa untuk sesi interview, bermakna mereka telah memperuntukkan masa mereka untuk berjumpa dengan anda. Mereka terpaksa mengubah jadual semula bagi menggantikan kerugiaan yang anda buat.

 

3. Tidak Bersalaman dan Tidak Memperkenalkan Diri di Awal Pertemuan

Mungkin anda terlampau penat untuk tiba ke destinasi temuduga, nampak sahaja kerusi empuk dalam bilik temuduga terus duduk tanpa menghiraukan penemuduga dihadapan anda, maka terjadilah ‘akward situation’.

Perkara pertama yang perlu anda buat sebaik sahaja berjumpa dengan penemuduga adalah bersalaman dan memperkenalkan diri. Wujudkan ‘eye contact’ supaya penemuduga nampak anda adalah seorang yang confident dan matang.

 

4. Bercakap Sambil Mengunyah Gula-Gula Getah

Wohoo..ada ke yang buat macam ni. This is a BIG NO!! Walau apa pun niat anda, tolonglah jangan buat begini semasa interview. Jika anda ingin mengunyah gula-gula untuk menghilangkan bau mulut atau menghilangkan rasa nervous, tolong lakukan sebelum melangkah masuk ke bilik temuduga.

Kami akan sambung point-point seterusnya untuk mengetahui first impression semasa temuduga di posting yang berikutnya, nantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!