11 First Impression Yang Membatalkan Niat Majikan Untuk Ambil Anda Bekerja (Part 2)

11 First Impression Yang Membatalkan Niat Majikan Untuk Ambil Anda Bekerja

Sudah semak 4 First Impression yang kami nyatakan di Part 1? Ada yang anda buat? Jika tidak, BAGUS! Mari kita teruskan untuk first impression yang berikutnya.

 

5. Mengelak Daripada Memandang Ke Muka dan Mata Penemuduga

Penemuduga menilai tahap confident anda melalui eye contact. Good eye contact berlegar di sekitar zon segitiga antara mata dan hidung. Perlu dielakkan memandang ke bahagian mulut dan tempat lain selain zon segitiga tersebut.

 

6. Berbual Tentang Topik Sensitf: Keturunan, Politik dan Lain-lain

Kadang-kala kita agak cederung memilih topik-topik yang tidak sesuai untuk memulakan perbualan. Topik yang berkaitan dengan politik, agama, keturunan adalah tidak sesuai untuk dibincangkan semasa sesi temuduga. Cuba cari topik perbualan yang lebih menjurus kepada pengalaman kerja anda, capability dan apa yang boleh anda sumbangkan kepada syarikat.

 

7. Berdiri atau Duduk Kurang dari 4 Kaki (4ft.)

Anda ditemuduga di dalam ruang lingkup hubungan professional dan bukannya atas tujuan peribadi. Berdiri atau duduk terlalu hampir dengan penemuduga iaitu kurang dari 4 kaki menyebabkan anda menceroboh kawasan peribadi penemuduga. Elakkan berada terlalu hampir bagi mengelakkan situasi yang janggal dan tidak dianggap creepy oleh mereka.

Berada terlalu hampir juga menunjukkan anda bukan seorang yang professional. Berdiri/duduk pada kadar yang bersesuaian untuk memulakan sesi temuduga. Jangan juga berada terlalu jauh, menyebabkan suara anda tidak didengari dengan jelas.

 

8. Membuat Bunyian Yang Mengganggu: Patahkan Jari, Hentakkan Kaki

Tabiat-tabiat ini sering berlaku sekiranya anda berada dalam keadaan cemas atau nervous. Membuat bunyi-bunyi pelik, bermain dengan pen, menggerak-gerakkan kerusi mempamerkan diri anda sebagai seorang yang tidak konfiden, tidak matang dan kurang serius. Ianya bukan sahaja menonjolkan ciri yang kurang matang, malah mengganggu sesi temuduga dan menyebabkan anda tidak diterima bekerja.

Dalam temuduga, anda perlu menunjukkan ciri professional, matang dan boleh diharapkan. Kegagalan menonjolkan diri sebagai individu yang boleh dipercayai bukan sekadar menyebabkan anda tidak diterima bekerja malah memberi persepsi yang buruk kepada diri anda. Sekiranya anda diterima bekerja sekalipun, anda perlu berusaha keras untuk menghilangkan persepsi tersebut supaya majikan lebih mempercayai anda dan memberikan tanggungjawab yang setimpal dengan posisi jawatan anda.

Kita akan sambung ke first impression yang seterusnya pada posting akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *