11 First Impression Yang Membatalkan Niat Majikan Untuk Ambil Anda Bekerja (Part 3)

Business people waiting for job interview. Four candidates competing for one position

 

Posting ini merupakan posting terakhir bagi siri tajuk 11 First Impression yang menyebabkan majikan tidak mengambil anda untuk bekerja di syarikat mereka. Banyak perkara-perkara remeh yang mungkin bagi anda tidak penting tetapi telah memberi persepsi buruk kepada majikan.

Kita teruskan untuk point seterusnya.

 

9. Handphone Melekat di Tangan dan Kerap Semak Media Sosial

Adakah anda tergolong dalam jenis-jenis orang begini? Ini adalah tabiat yang sering diakukan oleh orang muda masa kini tanpa mengira tempat dan situasi. Perkara ini bukan hanya dianggap tidak matang dan tidak memberi tumpuan, tetapi anda juga akan dianggap RUDE (kurang ajar).

Sila simpan handphone anda didalam beg atau poket semasa sesi interview. Jika anda begitu terdesak untuk menggunakan telefon bimbit atau terpaksa menjawab panggilan kecemasan, sila minta izin untuk keluar dari bilik temuduga dan selesaikan urusan anda secepat mungkin.

 

10. Lupa Nama Panel Temuduga dan Boss Besar Syarikat

Ini adalah antara kesalahan yang paling serius semasa sesi interview. Anda bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan penemuduga, malah anda akan dilihat sebagai calon yang tidak serius dan tidak bersedia untuk sesi temuduga. Jika anda telah membuat persiapan yang lengkap, situasi ini mungkin tidak akan berlaku.

Kaji maklumat penting mengenai syarikat dan hafal nama orang-orang penting syarikat. Mungkin sahaja soalan ini tidak ditanya semasa sesi temuduga, tetapi tidak ada salahnya untuk bersedia. Boleh juga menambah pengetahuan am anda!

 

11. Gaya Duduk Bersandar dan Tangan Disorok Kedalam Poket

Ciri ini juga menunjukkan anda sebagai seorang yang RUDE. Perlu diingatkan, anda dipanggil untuk ke temuduga sebagai seorang staf bukan sebagai seorang BOS! Seperti yang telah kami nyatakan dalam posting sebelum ini (Link ke post ke dua), sesi temuduga merupakan masa untuk anda menunjukkan ciri-ciri yang matang dan professional. Berada dalam posisi bersandar menyebabkan anda dilihat tidak serius dan sambil lewa kepada sesi temuduga.

Tabiat menyorokkan tangan kedalam poket atau bawah meja dari sudut psikologi menunjukkan anda tidak mahu meneruskan perbualan atau anda tidak bersetuju dengan pendapat mereka. Tingkah laku ini memberi tanggapan yang negative kepada penemuduga dan menyebabkan mereka tidak berminat untuk meneruskan sesi tersebut dengan anda.

Sesi interview merupakan tanggapan pertama atau first impression majikan terhadap anda sebelum mereka membuat keputusan untuk menerima anda sebagai salah seorang staf mereka. Majikan tidak mahu menghabiskan wang dan tenaga untuk memilih calon yang salah. Perbaiki cara anda dan jadilah seorang yang professional semasa ke interview.

Selamat Maju Jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *