Kenapa kebanyakkan graduan yang telah mendapat kerja dan diminta untuk datang temuduga pasti akan ada yang tidak datang ?
Kenapa graduan tidak memberitahu kepada pihak majikan lebih awal tentang status tidak terima pekerjaan tersebut?
Apa yang membuatkan graduan untuk membuat keputusan di saat akhir untuk tidak hadir ke temuduga yang telah ditetapkan?
Dapat panggilan temuduga? Graduan mesti buat sesuatu!
Jangan lakukan 3 kesilapan besar ini di dalam mengendalikan panggilan temuduga yang ditawarkan oleh majikan…
1) No Show
No Show bermaksud graduan tidak hadir ke temuduga tanpa memaklukan kepada pihak majikan.
Perlu ke beritahu syarikat sama ada kita datang atau tidak ke temuduga?
Jawapannya, PERLU!
Untuk setiap temuduga, syarikat telah memperuntukan masa dan tenaga penemuduga. Ia melibatkan operasi syarikat. Bila calon tidak hadir, syarikat kerugian masa dan ia mengganggu operasi syarikat.
Mudah sahaja, graduan hanya perlu maklumkan sama ada melalui
1. Balas e-mel, atau
2. Hubungi pegawai berkenaan
2) NO CALL
No Call bermaksud graduan tidak membuat panggilan kepada penemuduga sekiranya lewat atau tidak hadir.
Apabila kita sudah terima panggilan temuduga, kita wajib respon sama ada hadir atau tidak.
30 minit sebelum temuduga berlangsung, graduan mesti sudah ada di lokasi temuduga tetapi sekiranya lewat (atas sebab-sebab yang di luar kawalan kita), hubungi syarikat lebih awal dan 30 minit sebelum temuduga jika masih belum tiba di lokasi tersebut, sila hubungi pihak syarikat dan maklumkan status dan lokasi semasa anda berada ketika itu.
Late Cancellation/Minute adalah bermaksud graduan lambat memberikan maklumbalas awal sekiranya tidak hadir.
Selewat-lewatnya 3 hari sebelum hadir/tidak hadir untuk temuduga itu graduan perlu memberitahu kepada pihak majikan tersebut bukannya terus diam membisu tanpa memberitahu apa-apa.
Seterusnya, jika temuduga jam 10 pagi tetapi jam 9 pagi penemuduga sudah telefon pihak syarikat dan memaklumkan bahawa anda tidak dapat hadir untuk sesi temuduga, ini namanya cari nahas 😤. Fahamkan apa maksud nahas disini? Maksudnya, graduan akan disenarikan HITAM!
Jadi , pada para graduan semua ingat bila sudah dapat panggilan untuk di temuduga pastikan bersiap sedia, datang lebih awal dan jangan pula tidak hadir kerana takut di kemudian hari anda mungkin susah untuk memohon kerja kerana disenarikan HITAM. Jangan kata pihak Pegawai Sumber Manusia tidak berhubung dengan organisasi yang lain ya.
Baca tentang Pegawai Sumber Manusia ini di bawah .
Pegawai Sumber Manusia mempunyai hubungan sosial antara satu organisasi dengan organisasi yang lain.
Ada ketika, topik perbualan mereka adalah tentang calon yang dikategorikan AP (Attitude Problem) dan, calon itu adalah orang yang sama. Masuk senarai ‘black-listed’.
Jangan biarkan peluang anda untuk bina kerjaya musnah kerana 3 perkara kecil ini!
Selamat Maju Jaya!