5 Perkara Tentang Calon Yang Majikan Jumpa Di Dalam Resume

5 Perkara Tentang Calon Yang Majikan Jumpa Di Dalam Resume

Sebagai orang yang ingin memohon kerja, resume bukan sekadar sekeping atau dua keeping kertas yang merumuskan tahap pelajaran dan kehidupan anda. It is far more than a piece of paper. Impression pertama majikan terhadap anda dilihat melalui resume. Anda boleh menentukan ingin impression yang baik atau tidak.

  1. Common sense.
    Majikan lebih suka ambil kerja mereka yang sudah ada pengalaman kerja walaupun part time. Kerana, orang yang ada pengalaman kerja ini memiliki sifat common sense yang lebih berbanding fresh grad. Bila melihat pada job experience, bukan hanya dilihat pada skill kerja sahaja malah majikan juga akan lihat soft-skill anda, dari sudut communication, kerja berpasukan dan hubungan Bersama rakan sekerja.
  2. Berdikari.
    Macam mana nak nampak berdikari dalam resume?
    Jika alamat rumah anda di Kedah, belajar di Johor dan mahu minta kerja di Melaka, calon begini, majikan suka. Survival skill tinggi dan sudah biasa berjauhan dengan keluarga. Mereka ini mampu cari rumah sewa sendiri, ada transport sendiri atau naik public transport untuk ke tempat kerja.
  3. 2 dalam 1.
    Ijazah dalam bidang IT, pernah ambil kursus tambahan untuk kemahiran Online Marketing. Calon begini tidak ramai. Sekali majikan jumpa, pasti ambil kerja! Kemahiran 2 dalam 1 itu yang mahal. Gaji boleh bincang.
    Kita berada dalam era yang mementingkan skill. Lagi banyak skill pada calon, lagi tinggi nilai calon tersebut.
  4. Teliti.
    Cuba perhatikan semula resume anda. Kemas tak? Ada typing error tak? Layout keseluruhan resume melambangkan cara kerja calon. Resume kemas dan disetiap akhir ayat ada noktah, dan setiap baris di dalam kedudukan align yang sama. Calon ini orangnya teliti!
  5. People oriented vs individualist.
    Jenis semua aktiviti yang disertai memberitahu majikan satu maklumat penting ini. Aktiviti & jawatan berpersatuan atau bersifat solo. Kerana, nanti bila masuk kerja kita kerja bersama tim!
    Ada skop pekerjaan yang memerlukan anda bergerak dalam kumpulan. Nak tak nak, anda perlu bersama-sama rakan sekerja anda untuk menjalankan tugas.

Perlu diingatkan sekali lagi, resume bukan sekadar kertas. Tidak boleh ditiru kerana diri kita dan orang lain, berbeza. Resume anda bakal mempamerkan diri anda yang sebenar.

Tunggu post yang akan datang untuk mempelajari cara menulis resume.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!