5 Pilihan Pendidikan Selepas Tamat SPM

Assalamualaikum, hai tuan-tuan/cikpuan!

Anda sudah mengambil keputusan SPM?

TAHNIAH buat anda yang berjaya, yang tidak berjaya jangan putus asa, cuba cari jalan penyelesaian untuk selesaikan masalah anda itu. Setiap masalah, pasti ada penyelesaiannya kan?

Hari ini, kita akan lihat 5 pilihan pendidikan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Adakah anda sudah mencari tempat-tempat untuk anda sambung pengajian atau ada yang masih kerja sambilan(part-time)?

Dibahagian manakah yang anda pilih untuk sambung pengajian anda?

Adakah Matrikulasi, STPM, A-level, Asasi atau Diploma?

No photo description available.

Pertama, Matrikulasi? Apa yang anda tahu mengenai Matrikulasi?

Program Matrikulasi Malaysia adalah program persediaan prasekolah satu atau dua tahun yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program Matrikulasi sama seperti A-level tetapi berbeza pada syarat-syarat yang diberikan.

Setiap permohonan yang dihantar akan dinilai melalui keputusan SPM dan mengikut syarat-syarat kelayakan untuk setiap akademik. Antara akademik yang mereka tawarkan ialah Sains, Akauan dan Teknikal.

No photo description available.

Kedua, STPM. Apa itu STPM?

STPM ialah Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau sekiranya anda pernah dengar orang kata STPM ni tingkatan 6?

Antara sistem pengajian yang ditawarkan oleh STPM ialah 3 penggal(semester), Tempoh pengajian adalah setahun setengah lebih pendek daripada program Diploma , sistem pengajian yang ditawarkan sebanyak 22 mata pelajaran tetapi anda diberi pilihan untuk mengambil mata pelajaran mengikut syarat yang diberi dan antaranya ialah minimum 4 dan maksimum 5 untuk subjek yang anda mahukan dan buat pengetahuan anda STPM ini setaraf dengan A-Level Cambridge.

Antara akademik yang menjadi pilihan ramai ialah Sains, Akaun dan Kemanusiaan.

Buat lepasan SPM yang mahu mengambil aliran atau program STPM ini, hati anda kena kental kerana nanti ramai yang bertanya kepada anda seperti ini:

1. “kenapa ambil STPM?

2. STPM bukan ke susah?”

Buat pengetahuan anda, sekiranya anda lulus untuk STPM ini anda boleh sambung terus ke peringkat ijazah dalam masa yang singkat, tidak seperti Diploma mungkin ada yang dua tahun setengah, 3tahun atau mungkin 4tahun dan selepas itu baru sambung ke peringkat ijazah.

No photo description available.

Ketiga, program A-level. A-level tidak lebih kepada anda yang sukakan kelas interaksi, kerja kursus atau tugasan seperti di kolej atau universiti yang lain.

A-Level adalah program pra-universiti yang ditawarkan di Malaysia yang berdasarkan sistem pendidikan UK atau lebih dikenali sebagai GCE Advanced Level.

Anda boleh mengambil kursus ini selepas menamatkan SPM anda dan sebelum mengikuti kursus di universiti.

Tempoh pengajian A-level sama seperti Matrikulasi iaitu satu atau dua tahun dan akademik yang ditawarkan adalah perubatan, kejuruteraan komunikasi dan perakaunan.

No photo description available.

Keempat, Asasi (Foundation). Tempoh pengajian progam asasi lebih pendek dari kursus yang lain iaitu satu tahun sahaja tetapi untuk sambung pengajian ke asasi bukannya mudah , anda akan berhadapan dengan pelbagai risiko.

Anda juga kena tahu bahawa tidak semua universiti awam atau swasta akan terima program asasi ni selepas anda tamat pengajiannya. Semua universiti awam lain telah meletakkan syarat am iaitu hanya menerima lepasan asasi sains daripada UM dan UITM sahaja untuk ke peringkat pengajian ijazah (degree).

Syarat ini turut melibatkan lepasan asasi (foundation) daripada IPTS dan majoritinya program pengajian asasi yang ditawarkan di universiti atau kolej lain adalah langkah untuk masuk ke program degree.

No photo description available.

Akhir sekali, program Diploma yang diambil ramai oleh lepasan SPM. Tempoh pengajian Diploma agak panjang daripada Matrikulasi, A-level, Asasi dan STPM iaitu 2 hingga ke 4 tahun.

Apa yang menariknya Diploma ini berbanding program yang lain? Walaupun program Diploma agak panjang , dalam tempoh yang diberi itu, anda akan belajar banyak benda tidak seperti asasi, Matrikulasi, A-level yang dipendekkan pelajarannya.

Selain itu, sekiranya ada mata pelajaran(subject) yang anda sudah belajar masa dalam Diploma, anda akan diberi pengecualian kredit untuk subjek dalam pengajian ijazah pula tetapi tidak semua subjek diberi pengecualian jadi, disitu tempoh pengajian ijazah anda akan dipendekkan.

No photo description available.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *