9 Kesalahan Biasa Pada Resume (Part 2)

Sebelum ini kita telah perkatakan 3 kesalahan yang selalu ditemui didalam resume. Kali ini kita sambung lagi untuk kesalahan yang seterusnya.

4. Meletakkan informasi yang tidak relevan

Kebanyakan orang gemar meletakkan maklumat yang tidak diperlukan terutamanya di bahagian personal information. Maklumat seperti nombor kad pengenalan, tarikh lahir, hobi, berat dan tinggi tidak perlu diletakkan didalam resume. Maklumat ini tidak diperlukan oleh majikan kecuali anda dikehendaki mengisi borang lain yang diberikan oleh majikan semasa sesi temuduga.

Hanya letakkan maklumat yang penting seperti nama penuh, nombor telefon untuk dihubungi dan alamat emel. Maklumat ini penting bagi memudahkan pihak majikan untuk menghubungi anda semula. Pastikan nombor telefon yang anda berikan sentiasa aktif dan bersedia untuk menerima panggilan bila-bila masa. Majikan tiada masa untuk menghubungi anda berkali-kali. Anda mungkin terlepas peluang dipanggil ke temuduga hanya disebabkan tidak sempat angkat call.

5. Pengalaman lebih dari 5 tahun

Aktiviti, pencapaian atau pengalaman lebih dari 5 tahun adalah tidak relevan untuk diletakkan didalam resume. Ini kerana, jika sesuatu training tersebut lebih dari 5 tahun boleh jadi anda sudah lupa skil tersebut. Ataupun mungkin skil tersebut sudah tidak relevan. Seperti contoh skil berkaitan perisian komputer atau mesin, mungkin telah berlaku perubahan untuk menggunakannya.

Begitu juga latar belakang pendidikan. Takkan nak minta kerja pada umur 25 tahun masih ingin letakkan keputusan UPSR walaupun anda mendapat 5A semasa UPSR. Majikan sudah tidak lihat pada nilai A tersebut.

6. Maklumat tidak disusun mengikut kronologi

Kebanyakan majikan gemar melihat pengalaman kerja, aktiviti atau pencapaian anda disusun mengikut kronologi. Bukan sahaja kelihatan lebih kemas, mereka juga boleh dapat tahu apa yang anda lakukan selama ini dan tiada ‘missing years’. Kebiasaanya mereka yang mempunyai ‘missing years’ akan memberi tanggapan kepada majikan bahawa anda menganggur. Majikan akan persoalkan apa yang anda lakukan sepanjang tempoh tersebut.

Segala maklumat perlu disusun mengikut tahun terkini diatas sekali diikuti tahun sebelumnya, tetapi ingat, hanya letak 5 tahun terkini sahaja.

Untuk kesalahan berikutnya kita akan sambung ke post seterusnya. Jangan terlepas untuk post akan datang. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!