9 Kesalahan Biasa Pada Resume (Part 3)

Ini merupakan posting terakhir untuk siri 9 Kesalahan Biasa Pada Resume. Kita telah kongsikan 6 contoh kesalahan yang selalu dilakukan oleh calon sebelum menghantar resume kepada majikan. Disebabkan kesalahan-kesalahan ini, ramai yang tidak Berjaya dipanggil ke temuduga seterusnya melenyapkan hasrat mereka untuk mendapatkan jawatan tersebut.

Anda boleh rujuk bahagian sebelum ini di sini.

Kita teruskan kepada kesalahan seterusnya.

 

7. Terlampau banyak ruang kosong.

Resume yang baik bersifat padat, ringkas dan kemas. Banyak perkara yang boleh dimasukkan di dalam resume bagi menonjolkan nilai diri anda. Jangan mengsia-siakan peluang anda dengan menghantar kepada majikan resume yang kosong dan tiada isi. Anda bukan sahaja membuang masa majikan tetapi anda juga membuang masa diri sendiri dengan menghantar resume yang tidak akan dipandang oleh majikan.

 

8. Tidak meletakkan tahap kompetensi pada skill.

Bagaimana majikan ingin tahu tahap kebolehan anda jika anda hanya meletakkan skala atau sekadar menyenaraikannya skill, perisisan dan alatan sahaja tanpa menerangkan tahap kebolehan sebenar. Kebanyakan template resume yang berlegar di internet kini hanya meletakkan bulatan-bulatan kecil atau skala di ruangan skill. Hal ini menyebabkan majikan sukar untuk mengetahui tahap kebolehan anda yang sebenar.

Tahap kompetensi anda boleh difahami sekiranya anda meletakkan tahap-tahap tertentu seperti Beginner, Intermediate dan Expert. Pembahagian begini memberikan gambaran jelas kepada majikan pada tahap kebolehan anda.

 

9. Tidak meletakkan rujukan atau rujukan yang dimasukkan tidak relevan.

Mungkin sesetengah dari anda merasakan patut untuk meletakkan ahli keluarga atau ibu bapa sebagai rujukan supaya mereka dapat memberikan komen yang terbaik mengenai anda sekiranya bakal majikan anda menghubungi mereka. Big NO! Perlu diingatkan, rujukan hanya untuk mereka yang mempunyai hubungan professional dengan anda dan bukan dikalangan ahli keluarga.

Pastikan mereka yang telah anda masukkan sebagai rujukan, sudah maklum mengenainya supaya mereka tidak terkejut sekiranya dihubungi. Dan masukkan mereka yang memang kenal anda bukan sekadar anda tahu nama mereka, seperti contoh anda pernah bersemuka dan bersalaman dengan YB Syed Saddiq, lalu letakkan nama beliau sebagai rujukan atas alasan anda pernah bersemuka dengan beliau. Tidak sama sekali.

9 Kesalahan Biasa Pada Resume (Part 3)

Pastikan anda tidak melakukan kesalahan-kesalahan di dalam resume yang bakal merugikan diri anda sendiri. Semoga Berjaya mendapat pekerjaan idaman anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!