9 Kesalahan Biasa Pada Resume (Part 1)

Sebelum minta kerja sudah tentu resume adalah perkara pertama yang kita akan buat. Kenapa penting sangat resume ini? Resume adalah impression pertama majikan kepada anda. Mereka menilai anda dengan melihat resume sahaja. Percaya atau tidak, HR hanya perlukan beberapa saat sahaja untuk “scan” resume anda tanpa perlu baca satu persatu. Dari situ mereka sudah boleh menapis calon yang layak dipanggil ke temuduga atau tidak.

Pelbagai contoh resume yang ada di internet masa kini, tapi yang mana satu yang patut dicontohi. Biasanya memang kita mempunyai pelbagai pengalaman pekerjaan dan skill tertentu, tetapi disebabkan tak pandai nak tulis resume yang baik, kita terlepas peluang untuk diambil bekerja.
Berikut merupakan kesalahan yang sering majikan jumpai didalam resume.

1. Penerangan yang terlampau panjang dan tidak tersusun
Majikan tidak mempunyai masa yang banyak untuk baca satu persatu resume yang diterima. Bayangkan untuk satu kekosongan jawatan, beribu calon yang memohon. Berapa masa yang perlu diambil untuk menapis resume sahaja?
Resume yang ringkas, padat dan mudah difahami lebih disukai dan ianya memudahkan pihak majikan. Mereka tidak perlu membuang masa yang lebih untuk membaca resume anda yang berjela-jela.

Seperti contoh di bahagian working experience, tidak perlu anda membuat karangan untuk jelaskan secara terperinci skop tugas anda. Cukup sekadar tulis dalam point form dan tugasan yang penting sahaja yang boleh menaikkan nilai anda. Tidak perlu tulis ‘I have experience in doing photocopy’ walaupun memang anda sahaja didalam syarikat itu yang pandai menggunakan mesin photocopy.

2. Lebih Dari 2 Mukasurat
Jika penerangan anda panjang berjela, sudah semestinya bilangan muka resume anda akan melebihi beberapa muka surat. Bilangan muka surat yang digalakkan adalah kurang dari 2 mukasurat.
Pastikan resume anda ‘short and precise’.

3. Terlampau banyak aktiviti
Mungkin anda merupakan seorang olahragawan, atau anda merupakan graduan yang sangat aktif semasa zaman universiti. Anda mempunyai berpuluh sijil dan aktiviti yang ingin dimasukkan didalam resume, tapi awas, resume yang terlampau padat dengan aktiviti juga ada kemungkinan tidak dipandang oleh majikan.

Bilangan aktiviti atau pencapaian yang boleh dimasukkan adalah diantara tiga hingga lima perkara. Pilihlah aktiviti yang terbaik untuk menunjukkan nilai diri anda yang serba boleh. Walaupun anda seorang pemain bola speak di university, jangan letak semua aktiviti atau pencapaian anda mengenai bola speak sahaja. Pelbagaikan aktiviti.

Kita akan sambung ke keselahan seterusnya dalam entri yang lain. Jumpa lagi!

 

One thought on “9 Kesalahan Biasa Pada Resume (Part 1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!