Untuk tip yang terkahir ini, kita akan membincangkan mengenai organisasi di dalam syarikat yang graduan mohon. Apakah persedian yang graduan perlu buat sebelum graduan di temuduga untuk menjawab soalan yang mengenai orgnisasi syarikat?
Jadi, mari kita sama-sama lihat apakah tip/langkah seterusnya yang graduan perlu lakukan.
3) Apa yang anda tahu mengenai organisasi ini?
Sebelum cikpuan/tuan melangkah masuk ke dalam syarikat itu, cikpuan/tuan haruslah mencari tahu serba sedikit mengenai syarikat itu.
Contoh perkara yang graduan perlu cari adalah:
1. Di mana mereka/syarikat itu berada?
Maksudnya, apakah pencapaian yang syarikat itu sudah peroleh? Apakah pengiktirafan mereka? Adakah syarikat itu sudah ke peringkat antarabangsa?
2. Apakah isu semasa?
Misalnya syarikat itu ada mengeluarkan produk baru atau services baru, nyatakan sekiranya mereka bertanya semasa di temuduga. Sebab itu anda perlu buat “homework” sebelum di temuduga kerana memudahkan untuk anda menjawab pertanyaan mereka.
3. Siapakah yang merupakan “major players”?
Siapa orang utama yang berada di dalam organisasi itu? Siapa yang berkuasa dan mengendalikan syarikat itu?
Jadi, anda sudah tahukan apakah cara untuk menjawab soalan temuduga dengan betul? Jangan lupa untuk buat “homework” sebelum anda langkah masuk ke dalam syarikat itu untuk ditemuduga ya?
Semoga berjaya!