Ciri-Ciri Pemakaian Baju Kurung Ke Temuduga

Bila bercerita tentang pemakaian wanita ke temuduga korporat, kebanyakan wanita hanya akan menekankan pemakaian seperti ‘blazer’ sahaja yang kebiasaannya di padankan bersama dengan seluar slack dan juga kemeja berkolar. Tanpa mereka sedari pakaian seharian yang mereka gunakan seperti baju kurung juga boleh di gayakan semasa sesi temuduga tanpa perlu membazirkan wang ringgit bagi membeli pakaian yang baru.

Action speak louder than words. Begitulah pentingnya etika pemakaian semasa ke temuduga kerana sebenarnya cara kita berpakaian sudah pun melambangkan personaliti kita kepada panel penemuduga. Penampilan diri yang kemas semasa menghadapi sesi temuduga adalah amat penting dan perlu dititikberatkan supaya menunjukkan diri kita berkeyakinan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

Kali ini kami akan berkongsikan serba sedikit tip dalam pemilihan baju kurung untuk wanita ketika menghadapi sesi temuduga.

  1. Digalakkan memakai pakaian yang hanya mempunyai sekurang-kurangnya tiga warna dan anda perlu mengelakkan dari memakai baju kurung yang mempunyai terlalu banyak gabungan warna. Ini akan membuatkan penampilan anda kelihatan terlalu meriah dan kemungkinan besar dapat mengganggu pandangan mata penemuduga.
  2. Saiz potongan baju kurung anda hendaklah tidak terlalu ketat dan sendat sehingga kelihatan seperti mendedahkan potongan badan yang tidak sepatutnya. Baju kurung seharusnya hendaklah dipakai mengikut keselesaan dan kelabuhan paras yang bersesuaian.
  3. Elakkan dari menggunakan fabrik yang jarang dan nipis dan beralun-alun kerana fabrik seperti ini akan mudah berkedut menyebabkan anda tidak kelihatan kemas dihadapan panel penemuduga.
  4. Digalakkan menggunakan baju kurung yang diperbuat dari jenis kain “suiting’ kerana baju kurung tersebut akan kelihatan terletak kemas dan segak apabila memakainya.
  5. Baju kurung anda hendaklah sama ada bertekstur, polos (plain) atau berjalur dan elakkan bercorak bunga ,cetakan binatang ataupun corak yang terlalu besar.
  6. Elakkan dari memilih baju kurung yang mempunyai banyak aksesori seperti sulaman-sulaman mewah, manik, batu-bata dan sebagainya.
  7. Tidak digalakkan memakai baju kurung moden yang kebanyakkannya dijahit mengikut bentuk pinggul dan pinggang anda kerana akan kelihatan terlalu menonjol dan menarik perhatian mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!