Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Jururawat (Nurse)

Jururawat (Nurse)? Ada sesiapa disini seorang Jururawat? Apakah syarat kelayakan untuk menjadi seorang jururawat? Apakah peranan seorang jururawat? Apakah ciri-ciri personaliti dan kemahiran yang perlu ada pada seorang Nurse? Dan, kemanakah laluan kerjaya seorang jururawat?

Jururawat memainkan peranan penting dalam hospital, klinik dan pusat perubatan swasta. Tugas kerja kejururawatan termasuk berkomunikasi antara pesakit dan doktor, menjaga pesakit, memberi ubat dan menjadi  penyelia pembantu jururawat.

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Jururawat (Nurse)

Antara ciri-ciri personaliti yang perlu ada pada seorang Jururawat adalah pertama, penyayang. Kenapa seorang jururawat harus ada sifat penyayang dalam dirinya? Kerana, anda yang akan merawat, menjaga pesakit-pesakit anda. Anda yang akan berhadapan dengan pelbagai jenis kerenah pesakit.

Kedua, pemahaman. Pemahaman menunjukkan pemahaman subjek atau belas kasihan atau simpati pada orang lain. Contoh pemahaman adalah anda seorang jururawat seharusnya menunjukkan sikap simpati terhadap masalah pesakit anda. Itu adalah tugas anda, mendengar setiap rintihan pesakit-pesakit anda. 

Kemahiran pula, salah satunya adalah belas kasihan. Anda harus ada sikap belas kasihan pada orang lain terutamanya pesakit-pesakit anda tidak kira yang muda ataupun yang tua.

Jururawat tidak perlu meletakkan dirinya sebagai pesakit untuk fahami keadaan pesakit, tetapi sebaliknya menyokong pesakit untuk menempuh keadaannya.

Hal ini akan membantu pesakit, sekaligus memastikan jururawat tetap cekal dalam meneruskan tugasan harian tanpa memenatkan diri dari segi emosi.

Akhir sekali, laluan kerjaya sebagai seorang jururawat (Nurse) adalah jururawat pediatrik, jururawat anestetik, bidan-jururawat, pakar jururawat klinikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *