Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pereka Dalaman (Interior Designer)

Seorang pereka dalaman haruslah mempunyai idea yang logik atau idea yang kreatif dalam mereka bentuk sesuatu rekaan itu tetapi dalam masa yang sama anda juga mestilah belajar untuk menambah ilmu dari segi mereka bentuk sesuatu rekaan bersifat kontemporari yang bermaksud mengikut peredaran zaman pada masa kini.

Adakah anda bercita-cita mahu menjadi seorang “Interior Designer”?

Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang pereka dalaman ketahui?

Apakah personaliti/ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang itu?

Apakah pengetahuan asas yang Interior Designer perlu ada dan ke manakah laluan kerjaya untuk seorang pereka dalaman?

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pereka Dalaman (Interior Designer)

Apakah peranan sebagai seorang Interior Designer? Peranan sebagai seorang pereka dalaman adalah merancang, merekabentuk dalaman seperti di dalam bangunan kediaman, komersial atau perindustrian. Tujuannya ialah merumuskan reka bentuk yang praktikal, estetik dan kondusif.

Untuk kemahiran pula yang perlu ada pada seseorang pereka dalaman ialah pertama, dengar dan faham apa yang dikatakan. Maksudnya , anda seorang pereka dalaman jadi anda akan mereka bentuk dalaman dalam rumah atau bangunan klien anda, jadi anda haruslah dengar dengan teliti dan faham konsep yang bagaimana klien anda mahukan.

Kedua, idea dan logik. Anda lebih tahu bagaimana mahu mengubahsuai dalam kawasan itu jadi anda tahu bagaimana untuk mereka bentuk dalaman mengikut konsep yang klien anda inginkan. Anda haruslah berfikiran secara kreatif dan logik dalam mereka bentuk rekaan sesuatu itu.

Ketiga, membuat idea baru dan original. Maksudnya, apabila anda mahu membuat sesuatu rekaan dalaman itu, anda haruslah berfikir menggunakan akal fikiran anda sendiri tanpa menggunakan mana-mana reka bentuk dalaman hak milik orang lain.

Selain itu, menjadi seorang pereka dalaman juga memerlukan serba sedikit pengetahuan seperti reka bentuk dalaman (ID), seni bina, teknologi reka bentuk, melukis, dan seni dan kraf.

Akhir sekali, laluan kerjaya untuk seorang pereka dalaman(Interior Designer) sangatlah luas, mungkin anda boleh jadi pereka dalaman sendiri maksudnya, membuka cawangan sendiri tanpa kerja di bawah orang atau mungkin anda boleh menjadi pereka lampu, pereka arkitek atau ketua amalan untuk Interior Designer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *