Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Tentera(Soldier)

Pekerjaan yang paling sukar dan berbahaya di dalam dunia ini adalah pekerjaan menjadi seorang Tentera(Soldier). Tidak kiralah sama ada tentera laut, tentera darat atau tentera udara semuanya melibatkan nyawa.

Tugas dan tanggungjawab seorang tentera adalah melindungi dan memastikan keselamatan negara serta orang awam terjamin.

Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk menggadai nyawa demi negera?

Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Tentera(Soldier)

Satu benda yang anda kena tahu bahawa menjadi seorang tentera bukannya mudah kerana apabila anda terima sahaja tawaran untuk menjadi sebahagian daripada tentera, anda tidak boleh keluar atau berhenti sesuka hati kerana profesion tentera bukan seperti pekerjaan yang lain.

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai“. Maksudnya, sekiranya ada takut untuk berhadapan dengan risiko yang melibatkan berperang di sempadan negara atau meragut nyawa, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah atau menyusahkan diri sendiri. Banyak lagi pilihan kerjaya yang anda boleh pilih atau sertai.

Tetapi , sekiranya anda sudah yakin dan kuat dari segi fizikal dan mental anda boleh teruskan impian atau niat anda untuk menjadi seorang tentera.

Personaliti yang perlu ada pada seorang tentera adalah pertama, kepimpinan. Anda kena yakin pada diri anda yang anda mampu menjadi seorang pemimpin yang bagus. Bukan sahaja sedia bekorban untuk negara tetapi juga keluarga anda. Ciri-ciri kempipinan juga harus diterapkan dalam diri anda seperti kesabaran, prihatin ,kefahaman dan empati.

Kedua, keutuhan. Amalan bersikap jujur dan menunjukkan pematuhan yang konsisten dan mempunyai prinsip dan nilai moral dan etika yang kuat. Anda harus jujur pada diri anda ,baru hidup anda akan rasa dipermudahkan dalam menjalankan sesuatu tugas itu.

Pengetahuan pula bukan jenis pengetahuan yang biasa anda perlu tahu tetapi pengetahuan tentang pertahanan negara. Maksudnya, bagaimana anda mampu melindungi dan mempertahankan kepentingan negara. Teras kepada kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi.

Kedua, sukan. Pengetahuan sukan pula bukan seperti sukan bola sepak atau badminton tetapi sukan yang memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental. Contohnya, mereka bergelut di dalam air yang berlumpur , mengangkat kayu balak dan melakukan pelbagai latihan pertempuran.

Akhir sekali, sekiranya anda sudah bersedia untuk mengikuti jejak langkah seorang tentera , laluan kerjaya anda sangat besar. Antaranya adalah menjadi seorang anggota Angkatan Udara (Angkatan Udara Diraja Malaysia), Tentera Laut Diraja Malaysia atau Tentera Malaysia.

Selamat Maju Jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *