Ini alasan pakaian doktor dan pakar bedah berwarna hijau dan biru

Rakan Career Cube pasti pernah bertanya Kenapa doktor bedah pakai baju warna hijau atau biru semasa pembedahan? Adakah ini warna baju doktor di hospital? Atau apa arti kod biru atau hijau hospital?

Jika anda pernah ada pengalaman masuk ke dewan bedah atau pergi ke hospital, pasti anda perasan yang doktor akan pakai baju biru atau hijau semasa pembedahan atau dipanggil ‘surgical scrub’. Berdasarkan artikel Scienceline.org, warna hijau atau biru digunakan sebagai uniform bagi melegakan mata para doktor bedah melihat selepas mata mereka tertumpu ke warna merah didalam pembedahan.

Ini alasan pakaian doktor dan pakar bedah berwarna hijau dan biru

Ada beberapa sebab kenapa mereka perlu pakai warna hijau atau biru selain dari sekadar mengikut kod etika pemakaian. Antara sebab warna biru dan hijau digunakan semasa di dalam dewan bedah adalah:

1. Warna pakaian seragamwarna biru dan hijau begitu sinonim dengan profession sebagai pegawai perubatan dan staf hospital. Warna ini juga digunakan bagi membezakan tahap atau jawatan pegawai perubatan.

2. Kebersihan – warna yang lembut digunakan bagi tujuan kebersihan. Ini kerana warna lembut kontra dengan warna merah darah bagi memudahkan pekerja kesihatan menjaga kebersihan.

3. Teori warna – kedudukan warna hijau adalah kontra dengan warna merah, terutamanya warna merah darah.

4. Menyegarkan matawarna biru dan hijau terkenal dengan kemampuan menyegarkan mata setelah mata tertumpu dengan warna merah dalam tempoh yang lama.

Jika anda pernah terbaca artikel mengenai kenapa warna hijau adalah warna yang menenagkan, pasti anda juga setuju dengan sebab yang keempat.

Pemakaian warna hijau didalam dewan bedah mula popular pada abad ke-20 setelah doktor yang berpengaruh memperkenalkan penggunaan warna hijau bagi memudahkan mereka membezakan staf dan dewan bedah. Namun tiada bukti yang kukuh mengatakan ini adalah punca utama kenapa doktor memakai warna hijau atau biru dalam dewan bedah.

Walau apa jua warna yang dipakai oleh para doktor atau staf kesihtan, yang pastinya tugas mereka amatlah mulia. Berjuta nyawa yang telah diselamatkan ditangan mereka. Jika anda juga berminat untuk menjadi salah seorang dikalangan mereka, kenali kecenderungan minat kerjaya anda terlebih dahulu. Ikuti tip-tip kerjaya dari Career Cube di artikel yang lain.

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan anda agar lebih banyak dan ramai mengetahui alasan kenapa baju seorang doktor atau pakar bedah berwarna hijau atau biru. Baca juga artikel dan tip kerjaya lainnya di blog Career Cube.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!