Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Doktor Haiwan(Veterinarian)

Kerjaya sebagai seorang doktor haiwan bukannya kerjaya yang sangat mudah. Kenapa bukan mudah? Dah nama pun “doktor haiwan” jadi, mereka mempunyai pesakit yang tidak boleh berkomunikasi dan pesakit(haiwan)  mereka tidak boleh bertutur atau mengadu tentang permasalahan mereka.

Bayangkan merawat pesakit yang tidak boleh berkomunikasi, mencabar atau tidak?

Ada atau tidak di antara cikpuan/tuan yang bekerja sebagai seorang doktor haiwan?

Apakah perjalanan menjadi seorang doktor haiwan?

Mari kita lihat apakah laluan kerja dalam bidang doktor haiwan(veterinarian).

Laluan Kerjaya Dalam Bidang Doktor Haiwan(Veterinarian)

Peranan kerjaya sebagai seorang Doktor Haiwan(Veterinarian) adalah membuat diagnose, merawat haiwan , menjalankan penyelidikan penyakit dan kecederaan terhadap haiwan itu. Ia juga termasuklah dalam kategori doktor haiwan yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan.

Kemahiran sebagai doktor haiwan(veterinarian) adalah :

  1. Memberi sepenuh perhatian
  2. Lisan: Doktor haiwan haruslah bijak dalam pertuturan kata kerana mereka lebih mengetahui tentang penyakit pesakit mereka berbanding dengan orang luar walaupun pemilik kepada haiwan itu sendiri.
  3. Kekuatan dan stamina fizikal:  Veterinarians perlu mengangkat dan memindahkan haiwan semasa pemeriksaan dan akan berdiri selama berjam-jam untuk melakukan pembedahan terhadap pesakit itu.

Bagi keperibadian pula, doktor haiwan perlu peka terhadap setiap perkara. Selain itu, mereka perlu memberi sepenuh perhatian terhadap pesakit mereka.

Contohnya, sekiranya mereka mempunyai pesakit(haiwan), mereka mestilah memberi seluruh jiwa raga mereka kepada pesakit(haiwan) itu kerana pesakit  mereka tidak boleh berkomunikasi dan pesakit mereka tidak boleh bertutur atau mengadu tentang permasalahan mereka.

Akhir sekali, terdapat beberapa laluan kerjaya yang mereka boleh ceburi bidang seperti menjadi seorang doktor haiwan ladang, doktor haiwan zoo, doktor haiwan kuda dan lain-lain lagi.

Jadi, selepas anda membaca tentang info dan laluan kerjaya dalam bidang doktor haiwan(veterinarian) ini, adakah anda minat untuk ceburi bidang sebagai doktor haiwan? Sekiranya minat, banyakkan belajar tentang veterinarian dan sekiranya tidak, anda boleh ceburi bidang yang lain.

Nak tahu apakah kerjaya yang seterusnya? Tunggu dan lihat!

Terima Kasih dan Selamat Maju Jaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *