Kenapa perlu pilih kerjaya yang tepat dengan anda?

Kenapa perlu pilih kerjaya yang tepat dengan anda? Purata bagi umur manusia adalah 65 tahun. Jika lebih dari itu, maka bonus untuk anda. Kebanyakan manusia menghabiskan kehidupan mereka dengan melakukan perkara yang mereka benci tetapi tetap perlu menghadapinya setiap hari iaitu BEKERJA! Ramai orang mengimpikan kerjaya yang stabil, tanpa stress dan ada work life balance yang baik.

Bayangkan dari umur anda tamat belajar iaitu dalam lingkungan 20an hingga mencapai umur pencen iaitu 60 tahun, anda menghabiskan masa selama 40 tahun untuk bekerja. Jika kerjaya yang anda pilih di awalnya bukanlah bidang yang anda minat, bayangkan anda perlu menghabiskan hampir 40 tahun untuk menjalani dunia pekerjaan! Disebabkan pilihan yang salah, ramai yang terpaksa mengheret kaki setiap hari untuk pergi ke kerja, wujudnya term ‘Monday Blues’ setiap kali selepas cuti hujung minggu, kejadian-kejadian menjerit, mengeluh setiap kali bangun tidur dan rasa cepatlah nak balik setiap petang!

Jika anda betul-betul minat dan enjoy dengan apa yang dilakukan, pasti tidak perlu mengheret kaki untuk ke pejabat, mencipta alasan untuk tidak pergi kerja dan menipu bos dengan mengambil MC di klinik.

Pemilihan kerjaya yang sesuai dengan anda bermula dari sebelum zaman belajar lagi. Anda perlukan beberapa test atau kaji kecenderungan minat sebelum menentukan kos mana yang ingin disambung. Sebab itu kenapa dari zaman sekolah lagi, kaunselor menekankan kenapa anda perlu buat ujian Inventori Kerjaya. Pernah dengar? Jika tidak, anda masih belum terlambat. Banyak website-website menawarkan perkhidmatan ujian percuma, jika ingin laporan lengkap, bayarlah sikit.

Kaji dengan lebih mendalam mengenai bidang kerjaya pilihan anda. Tanya mereka yang telah terlibat dalam bidang tersebut. Tanyakan apa yang mereka lakukan setiap hari?, apa perkara yang paling best sepanjang bekerja?, apa yang tidak best? dan bagaimana mereka mencapai tahap sekarang?. Pelbagai persoalan ini dapat memberikan gambaran mengenai bidang tersebut. Jika anda masih rasa berminat, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memilihnya.

Pemilihan bidang kerjaya yang tepat bukan sahaja membuatkan anda lebih gembira, malah tidak membuang masa anda melalukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka.Bukan sahaja anda menyusahkan diri sendiri, anda juga telah merugikan wang syarikat. Mereka terpaksa membayar anda dalam keadaan prestasi anda makin menurun dari hari ke hari.

Buat pilihan yang tepat dan bekerjalah dengan gembira!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *