Laluan Kerjaya dalam Bidang Perubatan dan Doktor di Malaysia (Part 2)

Baca Part 1 >> Panduan dan Cara Menjadi Doktor Perubatan dan Pakar (part 1)

Untuk laluan kerjaya doktor seterusnya, setelah menamatkan pengajian selama 5 tahun dalam bidang perubatan, anda perlu berdaftar dengan Malaysian Medical Council (MMC) untuk mendapatkan Sijil Pendaftaran Sementara. Kemudian anda perlu menjalankan latihan sebagai Housemanship Officer (HO) di hospital yang diiktiraf oleh Medical Qualifying Board.

Setelah lulus housemanship, anda perlu berdaftar dengan MMC untuk mendapatkan sijil kelayakan berkhidmat sebagai Pegawai Perubatan. Anda perlu berkhidmat selama minimum 3 tahun sebagai Medical Officer (MO) di hospital kerajaan barulah anda diiktiraf sebagai doktor perubatan yang bertauliah.

Bagi yang berminat untuk menjadi specialist atau doktor pakar, setelah lengkap anda berkhidmat lebih dari 3 tahun di hospital kerajaan, anda bolehlah melanjutkan pelajaran diperingkat master dalam bidang kepakaran yang diingini.

Bukan semua universiti menawarkan bidang kepakaran diperingkat master. Anda perlu semak semula kos-kos yang ditawarkan di universiti pilihan. Setelah lulus pengajian di peringkat master, anda perlu bekerja dahulu dalam bidang tersebut minimum 2 tahun, barulah anda diiktiraf sebagai doktor pakar.

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan, sijil-sijil yang berkaitan, anda boleh merujuk pada website MMC (http://www.mmc.gov.my/) .

Seperti inilah laluan kerjaya dan folio seorang doktor di Malaysia, daripada lulusan SPM sampai menjadi doktor, dan doktor pakar. Sila tinggalkan koment anda mengenai laluan kerjaya seorang doktor di Malaysia atau lainnya, nanti team Career Cube akan membalas koment anda.

Selamat maju jaya dan semoga menjadi doktor yang mampu memberi manfaat kepada orang ramai.

Tahukah rakan Career Cube Kenapa pakaian doktor dan pakar bedah berwarna hijau dan biru?

One thought on “Laluan Kerjaya dalam Bidang Perubatan dan Doktor di Malaysia (Part 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!