Panduan dan Cara Menjadi Doktor Perubatan dan Pakar

Susah ke jadi doktor? Apa syarat kelayakan doktor pergigian usm atau universiti lain di Malaysia? Hal lain yang juga ditanyakan kepada kami adalah apakah kelayakan akademik untuk menjadi doktor gigi, atau dokter pakar lain? Sebelum rakan Career Cube mengetahui itu semua, yang terpenting adalah rakan Career Cube perlu tahu hala tuju, panduan, dan jurusan yang perlu diikuti doktor, sama ada doktor gigi, doktor bedah, atau dokter yang lain. Kalau rakan Career Cube mahu mengetahui itu semua, sila baca post ini! 😀

Kerjaya sebagai doktor adalah kerjaya yang mulia. Ribuan nyawa telah diselamatkan ditangan seseorang yang bernama doktor. Walaupun mereka bekerja dalam keadaan tekanan yang tinggi, dikecam didalam media social, menerima pelbagai rungutan dan aduan, namun mereka masih memberikan komitmen sepenuhnya didalam kerjaya harian mereka.

Bukan mudah untuk menjadi seorang doktor. Pelbagai tapisan dan penilaian yang harus dilalui sebelum anda diiktiraf sebagai doktor perubatan. Ye lah, ingat senang nak bermain dengan nyawa manusia?. Silap langkah, melayang satu nyawa.

Untuk menjadi doktor, bermula dari keputusan SPM, anda harus skor straight A didalam kesemua subject bagi melayakkan diri anda untuk mengambil A Level atau asasi perubatan dan dapat peluang melanjutkan pelajaraan dalam keadaan ditaja. Bagi yang ingin study di oversea, ambillah A level, bagi yang sudah ada target universiti tempatan, anda boleh ambil asasi (foundation) di universiti tersebut, seperti contoh Asasi Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kalau tak skor straight A pun jangan risau, anda ada pilihan matrikulasi. Disana, anda perlu skor CGPA 4.00 (tertakluk kepada syarat kelayakan university), untuk memlilih kos perubatan. Terdapat banyak universiti awam, swasta dan luar negara yang menawarkan kos perubatan. Pastikan universiti atau kos itu diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA). Jika tak, rugi wang dan masa. Sudah habis berpuluh ribu, sekali pulang ke tanah air, sijil anda tak diiktiraf.

Baca Seterusnya Part 2 >> Laluan Kerjaya dalam Bidang Perubatan dan Doktor di Malaysia

3 thoughts on “Panduan dan Cara Menjadi Doktor Perubatan dan Pakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!