Pemilihan Kasut Boleh Menggagalkan Temuduga Anda

Sebenarnya terdapat banyak alasan yang membolehkan individu itu gagal di proses temuduga tanpa di sedari kerana perkara sebegini terkadang di pandang remeh oleh kebanyakan calon. Namun tahukah anda tersalah dalam pemilihan kasut mampu menggagalkan temuduga anda.

Mungkin kesalahan ini kedengaran pelik dan kelakar namun itulah satu faktor yang sering dipandang remeh dan dikatakan mampu menggagalkan anda sewaktu ke proses temuduga. Oleh sebab itu, kasut yang dipilih hendaklah diberikan perhatian penuh dan bukan semua kasut yang digunakan adalah sesuai untuk ke sesi temuduga.

Berikut merupakan beberapa jenis kasut yang seharusnya tidak disarung ketika berlangsungnya sesi temuduga :

  1. Tumit yang terlalu tinggi
    Pemilihan kasut tumit yang terlalu tinggi akan membuatkan anda hilang fokus semasa sesi temuduga. Ini kerana anda akan lebih memberi tumpuan terhadap cara anda berjalan dan pemilihan kasut sebegini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk anda jatuh.
  2. Penggunaan selipar
    Anda mungkin teruja dengan selipar anda yang berkualiti tinggi dan mahal harganya. Namun pengunaan selipar adalah dilarang sama sekali ke temuduga walaupun ia selipar yang berjenama ataupun edisi terhad. Ia hanya akan menjatuhkan persepsi penemuduga terhadap anda sebagai seorang yang mengambil ringan dalam isu kerja.
  3. Pemilihan sneaker ke temuduga
    Sneaker adalah kasut yang menjadi perhatian dikalangan remaja masa kini termasuklah mahasiswa mahasiswi yang baru sahaja tamat belajar kerana reka bentuknya yang ringkas dan selesa di bawa kemana-mana sahaja. Ia mungkin kelihatan kasual dan seperti berjiwa seni namun yang pasti sneaker bukan pilihan yang terbaik dan sesuai untuk ke temuduga.
  4. Kasut dengan hiasan dan manik
    Kasut dengan hiasan yang berkilau-kilau dan terlalu banyak manik haruslah dielakkan sama sekali untuk tujuan ke temuduga. Anda ingin menghadiri temuduga bukan ke kenduri kahwin atau pertunjukkan fesyen. Elakkan daripada mengunakan kasut yang menjolok mata penemuduga sehingga menggangu fokus semasa sesi temuduga berlangsung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!