Senarai Semak Mohon Kerja

Senarai Semak Mohon Kerja

Kebanyakan graduan yang memohon kerja pada masa kini adalah melalui e-mel. Kita bukan berada di zaman yang perlu bawa hardcopy resume pergi dari syarikat ke syarikat untuk memohon kerja. Semuanya berada dihujung jari. Klik-klik sahaja sudah jumpa pautan kerja kosong, terjumpa e-mel HR yang sedang mencari pekerja.

Kebanyakan graduan mengambil jalan mudah dan tidak serius semasa memohon. Sekadar cukupkan syarat “yang penting aku memohon”, padahal resume copy paste, cover letter merapu dan yang paling kronik, CC semua alamat emel HR yang dia jumpa dalam 1 emel.

Kali ini kita nak kongsi senarai semak sebelum memohon kerja di atas talian.

1. Alamat emel

“Alah, alamat emel je pun. Yang penting emel tu sampai kepada HR”. NO! HR boleh mengenal pasti adakah anda jenis calon yang matang atau tidak. Ye lah, mohon kerja level executive tapi guna emel ‘sweetlurrvee@gmail.com’. Kau dah kenapa? Agak-agak apa impresi pertama majikan bila terima emel macam tu?

Pastikan emel anda mempunyai nama betul, bukan nama panggilan atau nama manja dirumah. Anda juga boleh letak nombor jika perlu tetapi bukan nombor tahun anda lahir sebab majikan boleh meneka umur anda.

 

2. Resume Power

Resume merupakan alat yang akan mempromosikan diri anda. Boleh jadi promosi yang anda tawarkan berkesan dan juga boleh jadi tiada seorang pun yang berminat dengan anda walaupun anda ada skill dan potensi. So apa itu resume power?

Resume yang bagus dapat mencerminkan diri anda sebagai seorang yang matang, berpengalaman, mempunyai skill yang mahal dan boleh dipercayai. HR hanya akan baca resume anda sepintas lalu. Resume yang serabut memang terus ‘dibakul sampahkan’. Anda boleh baca >> Tip Pantas Penulisan Resume untuk dapatkan tips cara menulis resume.

 

3. Konten emel

Kami pernah jumpa beberapa calon yang tulis konten emel di ruangan tajuk. Berjela-jela la tajuk dia, tapi bila buka emel, konten kosong.Dia salah copy paste ke macam mana? Isi kandungan sepatutnya dapat memberitahu majikan tujuan anda menulis emel, apa expectation anda dan apa yang anda mampu tawarkan kepada company. Bukan sekadar menulis “Saya ingin memohon kerja.”. Anda boleh cari banyak contoh yang baik untuk menulis cover letter atau kandungan emel untuk memohon kerja.

 

4. Resume.pdf

Walaupun nampak macam kecil tetapi ini salah satu faktor HR menilai anda. Pastikan resume yang anda hantar dalam format .pdf bukan dalam format word dan sebagainya. Nak lagi cantik, namakan resume anda itu dengan nama betul, contoh Resume Ahmad.pdf. Barulah HR tak confuse resume anda yang mana satu. Tak perlu buka satu-satu untuk tahu siapakah pemilik resume tersebut. Mudahkan urusan orang lain, semoga urusan anda juga dipermudahkan.

 

Jadi jangan lupa semak semua ini sebelum tekan button SEND di emel. Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda dan membuka peluang untuk anda mendapat kerja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!