Tip Beraya Untuk Graduan

 

Assalamualaikum tuan-tuan/cikpuan.

Adakah anda sekarang tengah berseronok beraya? Diharap, para graduan di luar sana semua berada dalam keadaan sihat walaufiat dan sentiasa berhati-hati di luar sana ya.

Berbalik kepada topik kita pada hari ini iaitu Tip Beraya Untuk Graduan. Raya-raya juga ya tuan-tuan/cikpuan sekalian tetapi jangan lupa untuk mencari kerja juga walaupun mood masih beraya ya.

Nak dapatkan kerja itu bukannya susah tetapi para graduan haruslah tahu bagaimana cara untuk memohon sesuatu kerja itu.

Tip Beraya Untuk Graduan

Pertama, anda tahu yang anda adalah seorang “fresh graduate” jadi, tidak salah sekiranya anda yang muda menyapa tetamu yang lebih tua dari anda ataupun bersalaman dengan tetamu anda sebagai tanda hormat kepada mereka.

Anda yang muda haruslah tunjukkan sifat tanda hormat tidak kira pada tetamu muda ataupun yang tua.

Tip Beraya Untuk Graduan

Kedua, sekiranya anda seorang yang pemalu atau pendiam, saya nasihatkan anda buang sikap begitu kerana anda akan mencari kerja di luar sana dan akan lebih banyak bercakap semasa ditemuduga jadi sekarang inilah masa yang sesuai untuk biasakan diri untuk bercakap dengan orang luar atau semua orang yang anda jumpa.

Selain itu, anda haruslah pandai berbual dengan tetamu yang hadir ke rumah atau orang yang anda jumpa untuk biasakan diri anda untuk bercakap dengan semua orang. Tidak perlu berbual secara formal tetapi santai-santai sahaja.

Tip Beraya Untuk Graduan

Ketiga, banyakkan bertanya soalan santai. Bukannya soalan yang akan mengganggu emosi tetamu anda. Contohnya, umur tetamu anda. Umur sangatlah sensitif, mungkin ada yang baik mungkin tidak jadi soalan yang berkaitan dengan peribadi seseorang itu cuba elakkan.

Contoh soalan yang santai ialah kerja dimana, atau mungkin berbual tentang benda-benda yang tidak melibatkan hal politik atau kerjaan.

Tip Beraya Untuk Graduan

Keempat, bina jaringan kenalan sebanyaknya. Maksud disini ialah, anda kena pandai bergaul dengan semua orang. Contohnya, ada tetamu ayah anda datang, anda kena pandai berinteraksi dengan mereka, kena pandai ambil hati mereka untuk dijadikan sebagai point utama untuk anda dapatkan apa-apa kerja.

Tip Beraya Untuk Graduan

Kelima, sekiranya anda sudah banyak jaringan kenalan daripada tetamu ayah dan ibu atau mungkin pakcik/makcik anda, cuba anda bertanya “ada kerja kosong tak dekat tempat kerja tuan-tuan/cikpuan?

Tetapi, anda kena pandai berinteraksi dengan semua tetamu dan lihat juga sekiranya soalan yang anda mahu tanya itu kena atau tidak pada suasana dan tempat itu.

Selain itu, mungkin anda akan nampak satu kumpulan tetamu itu bercerita mengenai kerja, tidak salah kalau anda mahu mencuba nasib untuk bertanyakan mengenai kerja kosong kepada mereka.

Sekiranya, anda mendapat kerja ketika itu, anda very fortunate. Mungkin ada luck atau orang kata rezeki pada diri anda tetapi sekiranya tidak dapat , tidak mengapa jangan putus asa, mungkin rezeki anda berada di tempat lain.

Tip Beraya Untuk Graduan

Tuan-tuan dan cikpuan kena ingat, walaupun anda tengah bersuka ria, gelak tawa bersama saudara-mara di hari lebaran , anda sebagai seorang graduan kena pandai dalam mencari peluang ketika itu untuk mendapatkan kerja.

Tidak mengapa sekiranya bermula dari bawah, sekurang-kurangnya anda belajar benda baru daripada tidak tahu apa-apa.

Akhir sekali, kami warga CareerCube mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *