Tip dan Cara Menulis Resume Permohonan Kerja 2020

Disebabkan ramai diantara tuan dan cikpuan yang bertanya bagaimana cara membuat resume mohon kerja, maka pada post ini Career Cube aan menshare beberapa tip dan cara membuat resume permohonan kerja. Untuk cara ini, tak kisah sama ada tuan/cikpuan nak buat resume dalam bahasa melayu, atau bahasa english. Tak kisah, sama ada cikpuan sedang mencari tahu cara buat resume lepasan SPM, atau lepasan Universiti atau fresh graduate. Tuan dan cikpuan semua boleh mengikutinya.

Sama ada cikpuan mahu buat resume untuk temuduga kerajaan/SPA ataupun syarikan lain. Disini, kami dari Career Cube akan mensahre beberapa tip dan contoh resume terbaik yang cikpuan/tuan perlu ikuti.

 

Ada 9 perkara yang akan menjadikan resume terbaik, yang berkualiti dan berjaya menawan hati majikan.

1. Tulis maklumat calon yang penting sahaja
+ Sangat penting untuk meletakkan apa yang PERLU sahaja. Jika tidak, muka pertama resume anda akan penuh dengan perkara yang tak membantu menonjolkan kekuatan tuan/cikpuan
+ Sekiranya diletakkan nombor ic, adik beradik, tarikh lahir – soalannya, apa pentingnya perkara itu?

2. Header yang jelas
+ Kategorikan resume mengikut segmen untuk memudahkan panel membaca dan mengesan kompetensi anda

3. Tahap kecekapan yang jelas.
+ Majikan boleh tahu tahap kemampuan anda dengan jelas dengan meletakkan tahap seperti itu (Basic, Intermediate, Expert).
+ Contoh:
Basic: sangat asas kemahiran anda, perlu pantauan penuh.
Intermediate: boleh diberi tugasan,minimal pantauan.
Expert: sudah mampu mengajar dan boleh jangka siap dalam masa lebih singkat.

Tip dan Cara menulis Resume Permohonan Kerja 2020

 

4. 3 subjek berkaitan sahaja diberikan
+ Ini bermakna, berbeza jawatan yang dipohon, maka perlu diubah subjek apa yang paling memenuhi job description kerja yang dipohon.

5. Maklumat pengalaman diberi jelas
+ Maklumat penting jika meletakkan pengalaman adalah
Apa (Jawatan/Posisi – internship, kontrak, part-time),
Bila (tempoh – Feb 2020 – Nov 2021),
Di mana (Lokasi)

6. Timeline yang jelas
+ Pengalaman anda di susun mengikut masa bermula dari yang terbaru sehingga yang lebih lama.
+ Contoh: bermula 2020 > 2019 > 2018 > 2017 > 2016

Tip dan Cara menulis Resume Permohonan Kerja 2020

 

7. Menulis apa telah dibuat dengan jelas dalam pengalaman kerja.
+ Dalam resume, inilah antara item paling penting. Bermakna ia perlu dihuraikan dengan jelas apa telah anda buat.
+ Huraikan skill apa anda pelajari, perisian apa anda gunakan, ilmu apa anda pelajari, dengan siapa anda berurusan dan lain-lain.

8. Pengalaman dalam tempoh 5 tahun terbaru.
+ Pengalaman yang ‘valid’ adalah tempoh 5 tahun. Kenapa? katakan tuan/cikpuan pernah belajar menggunakan autocad pada 7 tahun lepas, apabila di minta untuk gunakan hari ini, apakah masih boleh gunakan dengan baik? pastinya tidak kerana sudah lupa. Maka kompetensi akan di nilai dalam tempoh 5 tahun sahaja.

9. Resume tidak melebihi 2 muka surat.
+ Untuk makluman tuan/cikpuan, resume panjang-panjang tak akan di baca pun. 2 muka surat adalah cukup optimum.

Tip dan Cara menulis Resume Permohonan Kerja 2020

Semoga tuan/cikpuan dapat naik taraf kualiti resume dan jadi lebih berpotensi untuk dipanggil ke temuduga kerja.
Jangan lupa bagikan juga post ini ke kawan-kawan tuan/cikpuan agar lebih ramai mendapat manfaat dan memahami tip dan cara buat resume yang baik.

2 thoughts on “Tip dan Cara Menulis Resume Permohonan Kerja 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *