Tip dan Info Persediaan Temuduga

Apakah tip dan info persediaan temuduga?Apakah perkara utama yang perlu anda lakukan apabila anda mendapat panggilan untuk di temuduga?

Walaupun anda telah mengadiri banyak temuduga namun perasaan takut, tertekan itu pasti ada. Menghadiri temuduga adalah satu latihan untuk anda berhadapan dengan seseorang/majikan itu.

Kalau anda nak tahu, penemuduga hanya ingin melihat keyakinan pada diri anda apabila anda bercakap didepan mereka walaupun jawapan yang anda beri itu tidak begitu tepat.

 

Tip dan Info Persediaan Temuduga

Pertama,  kaji tentang syarikat yang anda mohon. Kenapa anda perlu buat research tentang syarikat terlebih dahulu sebelum pergi ke temuduga? Supaya anda dapat gambaran umum tentang syarikat tersebut.  Jadi, anda tidak akan rasa takut atau gementar untuk menjawab soalan mereka berkaitan tentang syarikat yang anda mohon itu.

 

Tip dan Info Persediaan Temuduga

Kedua, tentang diri anda. Maksudnya, anda haruslah sentiasa bersedia apabila penemuduga minta anda perkenalkan diri anda. Seharusnya anda sudah tahu bagaimana mahu memperkenalkan diri anda , apa yang harus anda katakan.

Seeloknya, sebelum anda pergi ke temuduga, anda sudah berlatih di depan cermin untuk bercakap dengan lebih jelas supaya penemuduga dengar apa yang anda katakan.

Bila penemuduga minta anda ceritakan tentang diri anda, bukan semua benda harus anda katakan. Beritahu serba sedikit sahaja tentang diri anda seperti nama, tinggal di mana, ambil jurusan apa masa study dan siapa ahli keluarga anda?

Mudah kan?

Tip dan Info Persediaan Temuduga

Ketiga, pakaian formal? Kenapa perlu berpakaian formal semasa temuduga? Kerana tatacara pemakaian anda yang  akan memberikan gambaran/pandangan pertama kepada pihak majikan.

Apabila anda memakai pakaian berformal, ia akan menunjukkan bahawa anda seorang yang berdisiplin, kemas dan pembersih.

Untuk perempuan, seolaknya berpakaian berbaju kurung kerana baju kurung bukan sahaja melambangkan baju kebangsaan, tetapi baju kurung adalah baju yang menutup aurat sepenuhnya, tidak terlalu longgar serta kelihatan professional. Bagi wanita yang bertudung, anda haruslah memakai tudung yang formal seperti tudung bawal kerana anda tidak perlu melilit tetapi hanya kemaskan dengan betul.

Jika anda bukan berbangsa Melayu sekalipun, berpakaian baju kurung akan menjadikan anda kelihatan lebih sopan, kemas dan professional.

Untuk lelaki pula, haruslah memakai pakaian yang sesuai, kemas dan kelihatan professional. Contohnya seperti satu sut yang terdiri daripada kemeja lengan panjang berwarna cerah ialah pilihan terbaik untuk anda kelihatan lebih profesional semasa hadir ke temuduga.

Tip dan Info Persediaan Temuduga

Akhir sekali, mock interview. Apa itu mock interview? Mock Interview ialah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Maksudnya, temuduga ialah komunikasi antara dua hala.

Mock interview bermaksud, satu latihan sebelum anda berhadapan dengan situasi sebenar semasa ditemuduga. Jadi, dari sini anda akan tahu bagaimana cara untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang mereka kehendaki.

 

Terima Kasih!

Tip dan Info Persediaan Temuduga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *