Tip Penting Pemakaian Sut Ke Temuduga

Kebanyakkan individu sudah sedia maklum, apabila melangkah masuk ke sebuah organisasi, di sebalik kekemasan ruang pejabat, penampilan dan tatacara berpakaian akan menjadi perhatian dan tanggapan pertama para penemuduga. Penampilan seseorang itu mampu mencerminkan kredibiliti dan keupayaannya dalam melaksanakan tugas. Seseorang yang tidak dapat menguruskan penampilan diri dengan baik akan memberikan impresi awal bahawa mereka tidak mampu untuk menguruskan kerja dengan teliti dan kemas.

Pakaian untuk ke pejabat tidak semestinya terbuat dari fabrik yang mahal dan memerlukan kos yang tinggi. Sebaliknya pakaian tersebut hendaklah dipakai berdasarkan keselesaan dalam melaksanakan tugas termasuklah pergerakkan untuk melaksaan tugas-tugas harian di pejabat. Sekiranya anda memilih untuk memakai sut untuk ke pejabat atau untuk ke temuduga, dibawah adalah beberapa tips pemakain sut yang boleh dijadikan panduan.

  1. Warna sut anda digalakkan terdiri dari warna-warna yang neutral bagi kelihatan ringkas dan kemas seperti ton hitam, biru navi dan kelabu.
  2. Tidak digalakkan memakai sut sama ada blazer atau seluar yang sendat dan ketat. Pakaian yang terlalu ketat dan menonjol akan menjatuhkan maruah dan kredibiliti seseorang itu terutamanya golongan wanita.
  3. Polos (plain), berjalur dan fabrik yang halus adalah corak yang sangat sesuai untuk sut anda sama ada di bahagian blazer, seluar mahupun skirt bagi wanita.
  4. Pemakai digalakkan memilih blouse dan kemeja yang labuhnya melebihi paras pinggul dan elakkan pemilihan sut yang singkat sehingga mendedahkan bahagian yang tidak sepatutnya.
  5. Elakkan dari memilih blazer yang kelihatan terlalu fancy dan berfesyen. Cukup sekadar blazer tersebut berpotongan konservatif. Pemilihan blazer yang terlalu berfesyen akan menampakkan si pemakai terlalu manja dan tidak tegas.
  6. Bagi non-muslim yang ingin memilih skirt untuk ke pejabat, skirt anda hendaklah labuh sehingga menutupi paras lutut.
  7. Bagi pemilihan skirt atau seluar digalakkan memilih dalam golongan warna korporat seperti hitam, biru navi dan kelabu gelap.
  8. Bagi pemakai wanita, elakkan dari memilih skirt yang mempunyai potongan kembang dan terlalu labuh sehingga mencecah lantai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sebarkan Manfaat!

Kongsikan ilmu ini supaya bermanfaat untuk semua!