Tip Untuk Mencari Tempat Biasiswa

Biasiswa selalunya untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan sama ada selepas tamatnya Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) , Diploma ataupun Ijazah Sarjana Muda (Degree) untuk mereka melanjutkan pengajian ke universiti swasta (IPTS) ataupun universiti awam (IPTA).

 

Terdapat beberapa cara untuk mencari biasiswa.

 

1. Kaunselor / Unit Pendidikan
Sentiasa mengemaskini dengan kaunselor anda tentang apa-apa berita biasiswa. Kadang-kadang, mereka mempunyai maklumat langsung dari syarikat-syarikat mengenai berita tentang biasiswa terbaru.

2. Kerja
Tanya kepada ibu bapa, adik-beradik, rakan atau sesiapa sahaja mengenai tawaran majikan mereka untuk mendapatkan biasiswa. Sekiranya ada, terima sahaja tetapi anda kena tahu sama ada anda akan terikat dengan company itu ataupun tidak.

3. Google
Cara yang paling mudah bagi seseorang untuk mencari biasiswa adalah dengan meminta bantuan Dr Google! Zaman teknologi canggih sekarang ni semua benda boleh di cari hanya melalui Dr Google. Hanya taip dan cari apa sahaja biasiswa yang anda inginkan.

4. Akhbar
Cara konvensional untuk mengetahui tentang biasiswa adalah melalui cara keratan akhbar. Zaman dahulu, sekiranya pelajar ingin cari biasiswa , mereka akan mencari melalui keratan akhbar tetapi kini hanya melalui Dr Google sahaja!

 

Antara biasiswa paling popular di Malaysia adalah biasiswa PetronasShell MalaysiaJPA dan juga MARA.

 

Perkara yang penting ialah: Buat yang terbaik dan sentiasa berusaha! Jangan mudah putus asa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *