Tip Sebelum Mengisi Borang UPU

Selepas cikpuan dan tuan-tuan sudah selesai menjawab Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apakah langkah seterusnya yang patut anda lakukan?

Kerja tu sudah semestinya. Dalam tempoh anda menunggu keputusan SPM keluar, anda boleh mencari pengalaman bekerja sambil itu jangan lupa untuk membeli no pin UPU!

Kegunaan no pin UPU itu adalah untuk anda masuk ke laman sesawang Portal Rasmi Bahagian Kemasukkan Pelajar IPTA untuk daftar kemasukkan ke universiti.

Ada beberapa maklumat PENTING sebelum mengisi borang UPU!

Tips Sebelum Mengisi Borang UPU

Pertama, Kenalpasti kecenderungan kerjaya. 

Maksudnya, anda harus mengenal pasti apa minat anda tetapi bukan minat untuk hari ini, esok lusa anda boleh tukar macam itu sahaja, tidak!

Maksud disini adalah, anda lihat dekat mana minat anda itu berada, contohnya cari inventori minat pada arah kerjaya mana.

Kalau anda seorang yang minat pada kira-kira ataupun minat pada mengira kewangan, anda boleh bekerja di bahagian bank ataupun menjadi seorang akauntan.

Jadi, sebelum anda melangkah ke pengajian tinggi, cari minat anda , dibahagian mana yang anda minat untuk kerjaya anda di masa hadapan.

Tips Sebelum Mengisi Borang UPU

Kedua, buka laman web universiti yang mereka tawarkan jurusan mengikut keputusan SPM anda.

Senarikan terlebih dahulu universiti yang mereka beri dan di samping itu, anda haruslah mengambil tahu di mana lokasi universiti itu berada.

Tips Sebelum Mengisi Borang UPU

Ketiga, padankan dengan tahap pencapaian akademik anda.

Dari situ anda boleh lihat sama ada layak ataupun tidak untuk mengambil jurusan itu di universiti yang mereka sudah tawarkan pada anda.

Tips Sebelum Mengisi Borang UPU

Keempat, jika layak, masukkan ke dalam senarai permohonan anda.

Jika tidak, ulang semula LANGKAH 1.

Tips Sebelum Mengisi Borang UPU

Kelima, isi borang UPU (online) . Hanya di isi bila semua maklumat anda di atas sudah diperoleh.

Tips Sebelum Mengisi Borang UPU

Tips Sebelum Mengisi Borang UPU

Semoga Berjaya di Masa Hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *