Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kerjasama Career Cube memperkenalkan Program Persiapan Kerjaya Ready2Hire yang dirangka khusus untuk golongan asnaf berumur antara 18 hingga 35 tahun.
Program ini bertujuan memberi pendedahan serta bimbingan menyeluruh kepada para peserta dalam membuat persiapan memasuki alam pekerjaan. Ia merangkumi aspek penting seperti penyediaan resume, kemahiran temu duga dan strategi pencarian kerja.
💡Apakah yang anda akan pelajari?
Program ini merangkumi 6 modul utama yang padat dan praktikal:
- Penetapan Sasaran & Persiapan Cari Kerja
- Penampilan Profesional Ke Temu Duga
- Kemahiran Menulis Resume
- Etika Semasa Temu Duga
- Komunikasi Profesional Dalam Temu Duga
- Memburu Kerja Dalam Talian
💡Kemudahan Disediakan
- Penginapan dan makan: Disediakan sepanjang program
- Pengangkutan: Disediakan dari lokasi-lokasi terpilih (maklumat lanjut akan dimaklumkan)
- Yuran penyertaan: PERCUMA sepenuhnya!
💡Manfaat Eksklusif Untuk Peserta
✔️ Akses kepada 3 template resume yang boleh diedit serta-merta
✔️ Sijil penyertaan selepas tamat program
💡Siapa yang layak menyertai?
✅ Asnaf berdaftar di bawah Lembaga Zakat Selangor
✅ Pelajar tahun akhir, pencari kerja atau individu yang bekerja sambilan
✅ Berumur antara 18 hingga 35 tahun
✅ Belum pernah menyertai program Ready2Hire
Jika anda tergolong dalam kumpulan sasaran ini, jangan lepaskan peluang keemasan untuk meningkatkan kemahiran kerjaya anda. Tempat adalah terhad!
Daftar di sini <<https://bit.ly/daftarR2H25>>