Tip Menulis Resume Yang Menonjol
Resume merupakan dokumen penting yang mampu menjadi penentu sama ada anda dipanggil ke sesi temuduga atau tidak. Dengan persaingan sengit dalam pasaran kerja hari ini, resume anda perlu menyerlah dan menarik perhatian majikan dalam masa yang singkat. Berikut kami kongsikan tip menulis resume yang menonjol: Sesuaikan Dengan Pekerjaan Setiap resume anda perlu disesuaikan mengikut keperluan…
4 Cara Bina Rangkaian Profesional Untuk Dapat Kerja
Tindakan membina rangkaian profesional bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan dalam dunia pekerjaan hari ini. Hal ini bukan sahaja boleh membantu anda membuka pintu kepada peluang pekerjaan malah memperluas pengetahuan industri di samping memperkukuh hubungan profesional bersama orang di sekeliling anda. Berikut adalah empat cara mudah untuk membina rangkaian profesional dengan berkesan: Mula dengan Orang…
Tip Memohon Kenaikan Gaji
Boleh ke nak mohon kenaikan gaji dengan majikan? Jawapannya, boleh! Memohon kenaikan gaji boleh menjadi proses yang mendebarkan dan amat penting untuk anda tahu cara memohon dengan betul. Berikut adalah beberapa tip berguna untuk membantu anda menyusun strategi dan meningkatkan peluang mendapat kenaikan gaji yang anda layak: Kenali Nilai Diri Anda perlu tahu kekuatan dan…
Bidang Pekerjaan Dengan Permintaan Tertinggi Untuk Tempoh 10 Tahun Akan Datang
Memasuki tahun 2025, kita melihat adanya pekerjaan yang dijumudkan (baca: tiada permintaan) oleh kerana kehadiran AI yang semakin digunakan secara meluas dalam aktiviti harian. Namun, di sebalik pekerjaan yang hilang, ada pekerjaan baru yang diperkenalkan dan mempunyai permintaan yang tinggi dalam kalangan majikan. Terdapat beberapa bidang pekerjaan yang dijangka menjadi tumpuan utama dalam tempoh 10…
5 Langkah Persiapan Ke Tahun 2025 Bagi Seorang Pencari Kerja
Tahun 2025 semakin menghampiri, dan ia merupakan masa yang tepat untuk anda, sebagai seorang pencari kerja, bersiap sedia menghadapi cabaran dan peluang baru dalam dunia kerjaya. Dengan persaingan yang semakin sengit dan keperluan industri yang berubah, penting untuk anda mengambil langkah proaktif. Kami kongsikan lima langkah persiapan yang boleh membantu anda melangkah dengan yakin ke…
4 Cara Amalkan Work-Life Balance
Konsep work-life balance (keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi) sangat penting dalam memastikan kesejahteraan mental dan fizikal seseorang individu di samping mengekalkan produktiviti serta kepuasan bekerja. Konsep ini merujuk kepada kemampuan seseorang dalam membahagikan masa dan tenaga dalam memenuhi komitmen kerja tanpa mengabaikan aspek peribadi. Berikut dikongsikan empat cara yang boleh dilakukan untuk amalkan konsep…
Cara Tingkatkan Keyakinan Semasa Temu Duga
Temu duga kerja sentiasa menjadi saat yang paling mendebarkan bagi ramai individu. Menghadiri temu duga dengan keyakinan adalah kunci utama untuk memberikan tanggapan pertama yang baik kepada bakal majikan. Untuk membantu meningkatkan keyakinan diri semasa temu duga, berikut adalah beberapa langkah penting yang boleh dilakukan seperti: Buat Kajian Tentang Syarikat Sebelum menghadiri temu duga,…
Tip Tingkatkan Kemahiran Kepimpinan Di Tempat Kerja
Antara kemahiran yang dilihat di tempat kerja adalah kemahiran dalam memimpin. Ini kerana bukan semua orang dapat menjadi pemimpin dan bukan semua pemimpin mampu dihormati dan disegani oleh orang ramai. Jika anda ingin meningkatkan kemahiran kepimpinan anda di tempat kerja, berikut adalah beberapa tip penting yang boleh anda amalkan seperti: Komunikasi Efektif Asas sifat…
4 Langkah Sebelum Tukar Kerja
“Sesuai ke nak bertukar bidang kerja kalau sudah berusia 40-an?” “Sudah habiskan banyak masa belajar bidang ini di universiti, takkan nak biarkan semua masa itu rugi?” “Ada banyak komitmen bulanan yang menanti di hujung bulan. Sekiranya nak tukar kerja, kena bermula daripada bawah semula.” Pelbagai soalan dan juga perkara yang perlu difikirkan oleh seseorang yang…
5 Persiapan Temu Duga
Menerima panggilan untuk hadir ke temu duga pastinya momen yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pencari kerja. Namun, untuk memastikan peluang emas ini tidak terlepas begitu sahaja, persediaan yang teliti adalah perkara utama yang harus diambil kira. Jadi, bagaimana anda boleh bersedia sepenuhnya sebelum melangkah masuk ke bilik temu duga? Berikut adalah 5 langkah penting yang…
Cara Cari Kerja Guna Linkedin
Mencari kerja pada zaman sekarang menjadi lebih mudah dengan kehadiran job portal seperti JobStreet, Indeed dan pelbagai lagi. Tidak kurang juga dengan platform media sosial seperti Facebook yang menyediakan ruang untuk majikan iklankan peluang pekerjaan yang terdapat di syarikat mereka dan ini boleh meningkatkan capaian tahap pengiklanan yang lebih tinggi lagi. Namun begitu, satu platform…
5 Kemahiran Yang Majikan Cari
Seringkali anda tertanya-tanya, apakah nilai atau kriteria yang dicari oleh majikan pada ketika ini. Kemahiran yang selari dengan permintaan semasa dapat membantu anda untuk melepasi peringkat temu duga dan berkemungkinan mampu melayakkan diri untuk menyandang jawatan yang dimohon. Kami kongsikan 5 kemahiran yang perlu ada pada diri anda supaya anda menjadi orang yang dicari-cari oleh…
Cara Runding Gaji Semasa Temu Duga
Berapakah gaji yang sesuai untuk diterima sebagai seorang graduan? Adakah saya dibenarkan untuk berunding gaji atau terima sahaja gaji yang ditawarkan? Antara soalan yang kerap kali kami terima berkaitan dengan gaji. Jadi kali ini, Career Cube akan kongsikan tip untuk membuat rundingan gaji sewaktu sesi temu duga. Secara umumnya, gaji asas yang ditawarkan bagi…
Program Persiapan Kerjaya Ready2Hire Anjuran Career Cube Bersama Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Program Persiapan Kerjaya Ready2Hire dianjurkan oleh pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan dikelolakan secara penuh oleh perunding Career Cube secara PERCUMA. Program ini terbuka kepada asnaf yang berumur 18-35 tahun dan tidak pernah menyertai mana-mana program Ready2Hire. Program telah berlangsung selama 3 hari 2 malam dan bertempat di Park Inn by Radisson Hotel, Putrajaya. Tujuan…
Tip Jawab Temu Duga UPU
Memandangkan ramai yang bertanya tentang tip interview untuk UPU, kami kongsikan panduan untuk menjawab soalan yang akan ditanyakan sewaktu temu duga. Antara soalan yang biasa dtanyakan adalah seperti: Apa hala tuju anda selepas 5 tahun? Kenapa pilih bidang ini? Kenapa pilih universiti ini? Soalan yang tipikal, tapi sebenarnya ingin menguji sejauh mana anda bersedia menduduki…
Apa Yang Anda Perlu Tahu Jika Nak Mohon Biasiswa Selepas SPM
Kali ini kami ingin kongsikan khas buat para pelajar yang sedang mencari tajaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Setiap tajaan biasiswa menawarkan mod pembiayaan yang berbeza seperti tajaan penuh, pinjaman pelajaran boleh ubah dan pinjaman bersyarat. Anda perlu faham biasiswa bukan “wang percuma” yang diberikan kepada pelajar, ia adalah sebuah cara di mana…
4 Fasa Cari Kerja Yang Anda Perlu Tahu
Ini adalah perkara yang anda perlu tahu sebelum job-hunting! Tidak kira sama ada anda seorang belia yang baru sahaja menamatkan pengajian atau sedang menganggur dan sebagainya. Sebelum memulakan misi job-hunting, terdapat beberapa proses yang perlu anda ketahui dan ambil peduli untuk memastikan bahawa anda telah jelas dan mengetahui laluan kerjaya yang ingin anda ceburi. …
Tip Video Call Interview
Temu duga melalui panggilan telefon boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu melalui Video Call Interview (VC interview) atau Phone Call Interview (PC interview). Kebiasaannya panggilan untuk temu duga tidak akan dibuat secara mengejut! Anda akan menerima maklumat tentang waktu, tarikh dan platform yang akan digunakan sewaktu sesi temu duga sama ada sehari atau seminggu…
Senarai Ranking Sekolah Terbaik SPM 2023 Untuk SBP & MRSM
Keputusan SPM 2023 sudah diumumkan pada 27hb Mei 2024. Tahniah kerana anda telah mengetahui keputusan anda. Dalam artikel ini, Career Cube kongsikan senarai ranking sekolah terbaik SPM 2023/2024 bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Senarai Ranking Sekolah Terbaik SPM 2023 (Tahun 2024) Untuk SBP (Sekolah Berasrama Penuh) (belum…
Cara Semak Keputusan Peperiksaan SPM 2023
Bilakah keputusan SPM 2023 akan diumumkan? Keputusan SPM 2023 akan diumumkan pada hari Isnin, 27 Mei 2024. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan SPM 2023? Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing. Selain itu, keputusan SPM 2023 juga boleh disemak secara dalam talian. Bagaimanakah cara…
Aktiviti Selepas Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023
Tahniah buat semua pelajar yang sudah menyelesaikan peperiksaan SPM 2023. Hampir sebulan lebih anda semua bertungkus-lumus dalam menjawab semua subjek yang telah didaftarkan. Kami mendoakan kejayaan yang cemerlang buat tuan-tuan dan cik puan. Sementara menunggu keputusan SPM yang bakal diumumkan 27 Mei 2024 nanti, pastinya ada di antara anda yang mempunyai banyak perkara yang telah…
Laluan Kerjaya Selepas SPM 2024 (Asasi / Matrikulasi / Diploma / STPM / TVET)
Keputusan SPM 2023 (tahun 2024) akan diumumkan tidak lama lagi. Sudah pasti ada di kalangan anda yang masih keliru dalam membuat pilihan untuk menyambung pelajaran. Ramai yang bertanya kepada Career Cube, “Apakah laluan kerjaya selepas SPM? Apakah hala tuju pelajar selepas mendapat keputusan SPM? Selepas SPM, hendak sambung belajar di mana? Selepas SPM, hendak buat…
“Artificial Intelligence” Dalam Dunia Pekerjaan Sekarang: Kawan Atau Lawan
“Artificial Intelligence” atau ‘AI’ bakal merampas pekerjaan kita? Apa yang patut kita lakukan? Berdiam diri sahajakah atau ambil tindakan supaya ia tidak menjadi kenyataan? Sekiranya ada tindakan yang perlu diambil, apakah tindakan tersebut? Baru-baru ini satu kenyataan yang dikeluarkan di dalam laporan ‘The Future of Jobs’ oleh Forum Ekonomi Dunia yang cukup menarik perhatian ramai…
Tip Temu Duga Untuk Calon Yang Kurang Pengalaman Kerja
“Syarikat tidak begitu mengambil berat tentang pengalaman anda”. Ayat ini cukup menggembirakan hati sesetengah pihak tetapi bagi yang sudah mempunyai pengalaman, anda mungkin kurang bersetuju dengan pernyataan ini. Mari kita dengar pula pernyataan ini. “Majikan lebih mengambil berat tentang perkara yang boleh anda lakukan untuk mereka jika mereka mengambil anda sebagai pekerja”. Dengan kata lain,…
3 Tip Penampilan Profesional Ke Temu Duga
Penampilan adalah sangat penting semasa menghadiri temu duga kerana ia memberikan impak yang sangat besar kepada tanggpan pertama anda. Membuat penampilan yang profesional dan disenangi dapat meningkatkan keyakinan diri anda dan memberikan gambaran yang positif kepada bakal majikan. Ia jug memperlihatkan kesungguhan anda membuat persiapan bagi mendapatkan pekerjaan tersebut. Di sini, kami kongsikan tiga tip…
Kepentingan Membuat Tindakan Susulan (Follow up) Selepas Temu Duga
Dalam banyak sesi yang kami kendalikan, apabila ada di kalangan peserta yang memaklumkan bahawa mereka tidak mendapat apa-apa jawapan selepas temu duga, kami akan ajukan soalan, “Awak ada buat follow up tak?” Dan rata-rata, jawapan mereka adalah mereka tidak melakukan follow up lalu temu duga tersebut tidak diketahui statusnya. Tahukah anda, susulan kepada setiap temu…
5 Tip Tulis Resume Terbaik
“Saya sudah hantar banyak permohonan kerja tapi sehingga sekarang masih belum dapat sebarang panggilan temu duga.” 😞 Sekiranya anda adalah salah seorang yang mengalami situasi di atas, anda perlu semak kembali resume yang anda hantar semasa permohonan. Kajian menunjukkan apabila satu tawaran iklan kerja dibuka, bakal majikan akan menerima purata 200-250 resume untuk tujuan…
5 Persediaan Kerjaya Yang Perlu Dilakukan Oleh Graduan Ketika Belajar
Penting untuk para graduan melakukan persediaan kerjaya ketika masih dalam pengajian untuk memastikan mereka mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan pekerjaan yang mereka idamkan selepas tamat pengajian. Bukanlah terlewat untuk menambahbaik diri apabila telah selesai pengajian, namun sekiranya persediaan dapat dilakukan lebih awal, ia adalah perkara yang sangat baik dan anda bakai meningkatkan peluang…
Tanda-Tanda Penemu Duga Tertarik Dengan Anda
Peluang anda diterima bekerja lebih besar jika penemu duga melakukan perkara-perkara ini semasa sesi temu duga dengan anda. Ini adalah 5 tanda-tanda penemu duga tertarik dengan anda. Mengajukan Soalan Lebih Mendalam Penemu duga mengajukan soalan yang lebih mendalam terhadap Pengalaman, kemahiran, dan pencapaian anda. Ini menunjukkan minat mereka untuk memahami lebih lanjut tentang diri anda.…
5 Langkah Kenal Pasti Kerjaya Yang Sesuai
Memilih kerjaya yang sesuai dengan minat dapat membantu individu mencapai kejayaan dan kepuasan melakukan sesuatu pekerjaan. Proses pemilihan kerjaya ini boleh membantu anda untuk memilih bidang yang tertentu sekiranya anda perlu membuat pilihan sebelum melanjutkan pengajian. Kami kongsikan 5 langkah untuk kenal pasti kerjaya yang sesuai dengan anda! 1. Buat Penilaian Kerjaya Penilaian ini…
Kenal Pasti Kerjaya Yang Sesuai Dengan Menggunakan Model RIASEC
Tanya diri sendiri apa yang anda mahu daripada pekerjaan anda, persekitaran yang bagaimanakah yang akan menyebabkan anda kekal bersemangat untuk ke tempat kerja? Holland Code atau Holland Occupational Themes adalah berdasarkan teori yang dikeluarkan oleh Dr. John L. Holland pada tahun 1958. Dalam teori berkenaan beliau mengatakan bahawa orang dan persekitaran kerja boleh diklasifikasikan…
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan “Burnout” Di Tempat Kerja
Bangun daripada tidur tetapi masih merasa letih, tidak bersemangat ke tempat kerja, tekanan melampau sehingga menyebabkan anda tidak dapat menjalankan tugasan dengan baik. Burnout di tempat kerja telah menjadi isu yang semakin mendapat perhatian dalam masyarakat pekerja moden. Dari masa ke semasa, ramai individu merasa keletihan melampau terhadap pekerjaan mereka. Ini bukan sahaja memberi…
5 Tanda Anda “Burnout” Di Tempat Kerja
Burnout di tempat kerja adalah satu perkara yang serius yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang. Mengenalpasti tanda-tanda yang anda miliki pada peringkat awal adalah sangat penting supaya tindakan menguruskan tanda-tanda tersebut dapat diambil sebelum ia bertambah serius. Tanda-tanda awal ini biasanya berlaku dalam suatu tempoh masa dan berulang-ulang. Berikut merupakan…
4 Manfaat Portal Kerja Bagi Pencari Kerja
Portal kerja telah menjadi salah satu kaedah yang penting dalam dunia pencarian pekerjaan moden. Portal kerja ini bertujuan untuk memudahkan pencari kerja untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan kehendak mereka. Di samping itu, portal kerja juga menawarkan beberapa manfaat yang berharga kepada pencari kerja. Berikut adalah 4 manfaat utama portal kerja bagi…
5 Langkah Mempromosikan Jenama Diri Melalui Sosial Media
If you are not visible online, you might be considered not to exist at all. Dalam era digital moden, sosial media telah menjadi platform yang penting untuk membangunkan dan mempromosikan jenama diri seseorang. Dengan menggunakan strategi yang betul, anda boleh meningkatkan visibiliti, memperluaskan lagi jaringan profesional, dan menguatkan lagi jenama diri anda dalam kalangan komuniti…
Keputusan Ranking SPM 2022
Selamat maju jaya kepada semua pelajar lepasan SPM yang akan menerima keputusan peperiksaan spm hari ini . Career Cube mendoakan yang terbaik buat semua. KEPUTUSAN RANKING SPM 2022 1. SBP Integrasi Gombak (INTEGOMB)-1.05 2. Sekolah Sultan Alam Shah(SAS)-1.07 3. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)-1.12 4. Sekolah Seri Puteri(SSP)-1.20 5. Sekolah Menengah Agama Bestari Subang Jaya(SAMBEST)-1.22 6.…
Bina “Elevator Pitch” Yang Berkesan
Elevator pitch adalah satu kemahiran penting untuk dikuasai terutamanya bagi calon yang ingin menghadiri temu duga. Ia merujuk kepada kemampuan untuk memberikan penerangan atau gambaran ringkas tentang diri anda, projek, atau idea kepada orang lain dalam masa yang singkat. Kemahiran ini penting kerana ia membolehkan anda untuk memperkenalkan diri anda dengan padat dan meyakinkan, tanpa…
Senarai Biasiswa Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Edisi 2023
Permohonan biasiswa ini terbuka kepada pelajar lepasan SPM 2022 yang telah menjalani peperiksaan SPM. Muat turun senarai biasiswa melalui pautan ini. Berikut adalah senarai biasiswa yang anda boleh muat turun di pautan tadi: LIST OF MALAYSIA SCHOLARSHIPS FOR SPM LEAVERS 2023 EDITION ISKL – International Baccalaureate Diploma The Star Education Fund Scholarship Shell Malaysia Scholarship…
5 Langkah Untuk Tukar Bidang Kerja
Membuat keputusan untuk bertukar bidang kerja adalah antara langkah yang menarik dan berpotensi membuka peluang baru dalam kerjaya anda. Walau bagaimanapun, proses untuk melaksanakan perubahan ini boleh menjadi suatu perjalanan yang menakutkan dan memerlukan perancangan yang teliti. Berikut adalah 5 langkah penting untuk membantu anda bertukar bidang kerja dengan lancar: 1. Kenali Minat dan…
Soalan Yang Sering Ditanya Dalam Temu Duga Dan Makna Di Sebalik Soalan Tersebut
Temu duga adalah sebahagian penting dalam proses permohonan pekerjaan, dan biasanya, terdapat beberapa soalan yang sering ditanya oleh majikan. Soalan-soalan ini ditanya dengan tujuan mendapatkan jawapan yang tepat daripada calon. Walau bagaimanapun, kadang-kala makna di sebalik soalan tersebut mungkin tidak jelas kepada para calon. Jadi di sini, kami senaraikan beberapa soalan yang sering diajukan dalam…
Kepentingan Resume Yang Berkualiti Untuk Permohonan Kerja
Statistik menunjukkan kini pihak HR atau perekrut hanya menyaring resume dalam tempoh lima hingga tujuh saat sahaja. Jadi bagaimanakah anda sebagai seorang calon itu boleh menyebabkan pihak HR atau perekrut tertarik dengan resume anda? Mari fahami dahulu kepentingan menghasilkan resume yang berkualiti dalam permohonan kerja. Resume adalah dokumen penting dalam proses permohonan kerja. Resume yang…
Perkara Yang Dinilai Apabila Memohon Kerja
Apabila anda menghantar permohonan kerja, ada beberapa keutamaan yang akan dinilai oleh bakal majikan. Mereka melakukan penilaian yang teliti terhadap setiap permohonan untuk memastikan bahawa calon yang terbaik dipilih untuk jawatan tersebut. Berikut merupakan beberapa perkara yang sering dinilai oleh bakal majikan ketika mereka menerima permohonan kerja: Kelayakan dan Pengalaman Bakal majikan akan meneliti kelayakan…
5 Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Doktor Pakar Obstetrik dan Ginekologi
Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi seorang doktor pakar obstetrik dan ginekologi adalah: 1. Rasa simpati dan empati Seorang doktor perlu ada rasa simpati, bimbang dan empati terhadap kesakitan orang lain dan cuba menyelami perasaan berada di tempat orang yang sedang sakit. Kena ada juga rasa kasihan bila tengok orang sakit. Bukan apa, cuba kita…
Universiti Awam Yang Menawarkan Pengajian Untuk Jadi Peguam (lawyer)
Pada post sebelum ini, Career Cube telah kongsikan info dan laluan kerjaya peguam (lawyer) dan kemahiran yang perlu ada untuk menjadi peguam/lawyer. Pada post ini, admin kongsikan senarai nama universiti awam yang menawarkan pengajian bidang undang-undang antaranya adalah: University of Malaya (UM) Bachelor of Laws Bachelor of Jurisprudence (External) National University of Malaysia (UKM) Bachelor…
Kemahiran Yang Perlu Ada Untuk Menjadi Peguam/Lawyer (part 2)
Career Cube telah kongsikan laluan kerjaya seorang peguam/lawyer pada post sebelum ini. Pada post ini, Akan Career Cube kongsikan kemahiran yang perlu ada untuk menjadi seorang peguam. Peguam atau pengacara ialah orang yang mengamalkan undang-undang, sebagai peguam bela, peguam undang-undang, bar undang-undang, kanonis, peguam kanon, notari undang-undang sivil, peguam, kaunselor, peguam cara, eksekutif undang-undang, atau penjawat…
Info dan Laluan Kerjaya Peguam (Lawyer)
Bagaimana mahu menjadi lawyer/peguam? Apa laluan kerjaya seorang peguam/lawyer? Apakah kerjaya seorang peguam/lawyer? Apa sahaja jenis jenis peguam dan tugasnya? Ini adalah beberapa soalan yang ramai ditanya kepada Career Cube dan Career Cube akan kongsikan laluan kerjaya, khidmat, dan tugas seorang peguam/pengacara di sini. Ramai tahu dan sedar kepentingan peguam jika berlaku sebarang kes jenayah…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Obstetrik / Obstetrician
Adakah anda pernah dengar tentang bidang obstetrik? Jika pernah dengar, adakah anda tahu apa itu bidang obstetrik? Bidang perubatan meliputi pelbagai cabang dan salah satunya adalah bidang obstetrik. Biasanya obstetrik pasti digabungkan dan dikaitkan dengan bidang ginekologi. Namun begitu, fokus kita pada post ini adalah tentang bidang obstetrik. Obstetrik adalah bidang pengajian yang tertumpu pada…
Tip dan Cara Menjawab Soalan Interview
Kali ini, Career Cube akan kongsikan kepada anda tentang cara dan tip untuk menjawab soalan temuduga. Tentunya ramai di antara anda mencari koleksi soalan-soalan temuduga, tidak kira untuk temuduga jawatan SPA, imigresen, pegawai atau pentadbiran bank, dan lain-lain. Kebiasaannya akan ada banyak pertanyaan yang berbeza, tetapi akan ada juga pertanyaan asas (competency based interview question).…
Job Hunting: Persiapan Pelajar Tahun Akhir
Adakah anda seorang pelajar tahun akhir? Apakah persiapan yang perlu anda lakukan bagi pelajar tahun akhir? Pasti banyak benda yang harus anda lakukan. Mungkin ada yang terus menyambung pengajian ke peringkat PhD, ada yang mungkin terus mencari kerja atau menyambung kerjaya masing-masing selepas tamatnya Industrial Training mereka. Mari kita lihat apakah persiapan bagi pelajar tahun…
Kit Kompilasi Persiapan Temu Duga – bagi pelajar lepasan SPM
Penampilan Profesional ke Temu Duga Senarai semak pakaian lelaki ke temu duga Senarai Semak Pakaian Ke Temuduga (Lelaki) (video) Senarai semak pakaian Wanita ke temu duga Senarai Semak Pakaian Ke Temuduga (Perempuan) (video) Tip kasut formal untuk Wanita Tip memilih baju kurung formal untuk temu duga 5 Tips Memilih Baju Kurung Ke Temuduga Nak pakai…
Info Dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Obstetrik
Adakah anda pernah dengar tentang bidang obstetrik? Jika pernah dengar, adakah anda tahu apa itu bidang obstetrik? Bidang perubatan meliputi pelbagai cabang dan salah satunya adalah bidang obstetrik. Biasanya obstetrik pasti digabungkan dan dikaitkan dengan bidang ginekologi. Namun begitu, fokus kita pada hari ini adalah tentang bidang obstetrik. Obstetrik adalah bidang pengajian yang tertumpu pada…
Info Dan Laluan Kerjaya Untuk Menjadi Akauntan Bertauliah
Ramai diantara rakan Career Cube yang bertanya tentang laluan kerjaya seorang akauntan. Apakah info kerjaya yang perlu diketahui untuk menjadi akuntan bertaulian (Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)), dan apa sahaja institusi dan universiti yang menyediakan kursus ACCA? Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) merupakan satu badan yang diiktiraf global dan mempunyai lebih 200,000 ahli…
Gaji dan Diskriminasi Kerja
Gaji dan Diskriminasi Kerja Itulah antara topik utama perbualan Tuan @nikakmal00 bersama Cik Puan @hawarizwana dan Tuan @allyiskandarrasmi pada pagi tadi di Radio Buletin FM @buletinfm . Secara umumnya ramai tahu tentang pembezaan gaji (‘compensation’ dan ‘benefit’) sewajarnya dibuat atas dasar ‘value’ yang dibawa pada syarikat. Akan tetapi, isu bias seperti jantina, kaum, rupa, ‘visibility’,…
40 Tip Tulis Resume Cari Kerja Yang Berkesan
Anda pernah memohon pekerjaan tapi masih tidak mendapat panggilan untuk ditemu duga? Anda membuat resume dengan baik tetapi tidak mendapat pekerjaan? Apakah kekurangan resume yang dibuat? Untuk menjawab segala persoalan di atas, kami akan merungkai tips untuk anda menulis resume dengan betul supaya mudah untuk mencari pekerjaan dan dipanggil untuk sesi temu duga. Tip menulis…
Cara Tingkatkan ‘Soft Skill’ Di Universiti
Cara Tingkatkan ‘Soft Skill’ Di Universiti :: Zaman universiti adalah antara waktu yang paling sesuai untuk anda menuntut pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang tidak diajar secara formal di dalam kelas. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh dapatkan untuk meningkatkan kemahiran insaniah. Antaranya adalah: 1. Melibatkan diri dalam aktiviti kelab persatuan. 2. Menyertai program sukarelawan. 3.…
Tip dan Cara Mencari Kerja Melalui LinkedIn
Teknik Cari Kerja Melalui LinkedIn >> Persaingan untuk mencari kerja semasa pandemik semakin sengit. Antara teknik untuk dikenali dan mengembangkan rangkaian professional adalah dengan memanfaatkan penggunaan LinkedIn. Ini dapat meningkatkan capaian dan kewujudan anda di mata majikan. Berikut kami kongsikan teknik yang anda boleh gunakan untuk menonjolkan diri dan membuka peluang untuk dilihat oleh bakal…
Tip Menjalani Latihan Industri/Internship | Intern Dari Syurga vs Neraka
Latihan industri dan praktikal memberi pengalaman yang berguna kepada pelajar intern. Peluang ini haruslah digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar semasa tempoh ‘internship‘. Anda akan menjadi contoh kepada universiti atau kolej. Jika anda menonjolkan prestasi dan imej yang baik, anda berpetensi untuk diserap kerja dalam syarikat tersebut. Objektif latihan industri/internship adalah peluang merasai kerja sebenar…
5 Soalan Yang Boleh DItanyakan Dalam Sesi Interview Pasca Covid19 (Part 2)
Kalau sebelum ini, admin sudah kongsikan 2 pertanyaan, maka pada post ini akan admin kongsikan tambahan 3 soalan yang boleh ditanyakan semasa temuduga/interview. Dan soalan ini boleh ditanyakan sama ada semasa interview online ataupun interview offline/face to face/bersemuka. Baca post sebelum ini (part 1 di sini: Soalan Temuduga Yang Boleh Ditanyakan Semasa Covid-19) ✔️…
Soalan Dalam Sesi Temuduga Kerja Pasca Covid19 Yang Boleh Ditanyakan (Part 1)
Apa sahaja soalan yang boleh ditanyakan kepada penemuduga dalam sesi temuduga kerja pasca covid 19? Ini adalah diantara beberapa soalan yang ditanyakan kepada career cube, selain daripada apa sahaja soalan yang biasa ditanyakan dalam temuduga mencari kerja. Selepas sesi temuduga, biasanya penemuduga akan menanyakan apakah kita mempunyai pertanyaan atau tidak. Di sini Career Cube akan…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pegawai Sumber Manusia (Human Resource Officer)
Adakah anda belajar dalam bidang Pegawai Sumber Manusia(Human Resource Officer)? Apakah peranan sebagai pegawai sumber manusia? Apakah tugas sebagai “Human Resource Officer”? Apakah personaliti yang perlu ada untuk menjadi pegawai sumber manusia dan yang terakhir apakah laluan kerjaya untuk pegawai sumber manusia? Apakah peranan sebagai pegawai sumber manusia? Peranan sebagai “Human Resource Officer” adalah bertanggungjawab…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pereka Dalaman (Interior Designer)
Seorang pereka dalaman haruslah mempunyai idea yang logik atau idea yang kreatif dalam mereka bentuk sesuatu rekaan itu tetapi dalam masa yang sama anda juga mestilah belajar untuk menambah ilmu dari segi mereka bentuk sesuatu rekaan bersifat kontemporari yang bermaksud mengikut peredaran zaman pada masa kini. Adakah anda bercita-cita mahu menjadi seorang “Interior Designer”? Apakah…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Biologi (Biologist)
Ahli biologi adalah seorang saintis yang mengkaji kehidupan, organisma tertentu dan hubungan mereka dengan persekitaran mereka. Secara umumnya, ahli biologi mengkaji manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan bakteria untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik tentang bagaimana tubuh berfungsi dan bagaimana faktor-faktor luaran boleh mempengaruhi setiap organisma. Jadi, apakah peranan ahli biologi? Apakah kemahiran dan ciri-ciri personaliti yang…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Akauntan (Accountant)
Siapa diantara tuan-tuan/cikpuan yang pernah mengambil jurusan perakaunan? Apakah tugas akauntan? Apakah peranan sebagai seorang akauntan? Apakah personaliti yang perlu ada pada seorang akauntan? Apakah laluan kerjaya untuk akauntan? Apabila kita sebut sahaja perkataan “akauntan”, semua akan fikir nombor? Kenapa nombor? Kerana anda akan menggunakan bilangan nombor yang sangat besar apabila kerja sebagai akauntan. Kerjaya…
Tip Pilih Kasut Untuk Temuduga Wanita
Apakah tip/cara plih kasut untuk temuduga wanita? Wanita dan kasut, memang tidak dapat dipisahkan. Pemilihan kasut amatlah penting sama ada untuk wanita bekerjaya ataupun tidak. Kebanyakan wanita masa kini lebih menggemarkan gaya kasut yang lebih selesa, santai dan fleksibel untuk digayakan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja tetapi anda harus tahu apabila anda memilih kasut,…
Tip Pakaian Temuduga Lelaki
Apakah tip pakaian temuduga lelaki? Penampilan seseorang itu memainkan peranan penting dalam menentukan ciri-ciri kepribadian seseorang daripada pandangan mata seseorang itu seperti penemuduga. Apabila anda mendapat panggilan untuk hadir ke temuduga pastikan anda sudah mempunyai pakaian yang lengkap seperti dari baju hingga ke kasut kerana “first impression” terhadap penemuduga sangatlah penting kerana mereka akan menilai…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Perancang Perkahwinan (Wedding Planner)
Adakah cikpuan/tuan seorang perancang perkahwinan(Wedding Planner)? Apakah tugas/peranan sebagai seorang perancang perkahwinan?Apakah kemahiran/pengetahuan yang perlu ada pada seorang Wedding Planner? Secara umumnya, seorang perancang perkahwinan dapat membantu segala kehendak dan kemahuan yang pelanggan mahukan. Dari dekorasi ke jurugambar bahkan pemilihan busana pengantin juga mereka boleh sediakan, senang kata from A to Z, berikan sahaja segala…
Tip dan Cara Buat Resume Inforgrafik
Mohon kerja bukan sekadar hantar Email ya! Majikan akan minta anda hantarkan salinan resume dan juga Curriculum Vitae(CV). Apakah perbezaan diantara Resume dan Curriculum Vitae(CV)? Resume yang bagaimana sesuai untuk dihantar kepada majikan? Adakah resume anda jenis Resume Infografik, Resume Functional atau Resume Chronological? Apakah RESUME? Ia adalah satu pengenalan diri untuk diberi kepada majikan.…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Ekonomi (Economist)
Ahli Ekonomi mengkaji pengeluaran dan pengagihan sumber, barangan dan perkhidmatan dengan mengumpul dan menganalisis data, menyelidik trend, dan menilai isu-isu ekonomi. Adakah tuan-tuan/cikpuan bekerja dalam bidang eknomi?Apakah peranan sebagai ahli ekonomi? Apakah kemahiran dan pengetahuan yang perlu ada pada seorang ekonomi? Apakah ciri-ciri personaliti yang perlu ada untuk seseorang itu? Akhir sekali, ke manakah laluan…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Ahli Arkeologi (Archaelogists)
Untuk menjadi seorang ahli arkeologi anda biasanya perlu melengkapkan ijazah di universiti dengan major di arkeologi, diikuti dengan kelayakan Pasca Sarjana dalam arkeologi atau warisan budaya. Apakah peranan seorang ahli arkeologi? Apakah kemahiran dan pengetahuan yang perlu ada pada seorang Archaelogists? Apakah ciri-ciri personaliti seorang ahli arkeologi? Peranan sebagai ahli arkeologi adalah untuk menyiasat dan…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pengendali Kemera, Animator (Camera Operator, Animator)
Pengendali kamera bertanggungjawab untuk menangkap dan merekodkan semua aspek adegan untuk filem atau televisyen. Mereka menggunakan prinsip lampu, pementasan, memberi tumpuan dan penapisan untuk mencapai tertentu rupa visual untuk gambar siaran televisyen atau gerakan. Manakala, Animator adalah seorang artis yang mencipta berbilang imej yang dikenali sebagai Frames, yang memberikan ilusi pergerakan dipanggil animasi apabila dipaparkan…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Jurulatih Atletik (Athlectic Coach)
Jurulatih atletik ialah mengarah dan bekerjasama dengan atlet untuk menyediakan mereka untuk persaingan. Jurulatih membantu atlet untuk bermain atau melakukan dengan terbaik secara individu atau sebagai pasukan dalam sukan seperti bola sepak, besbol, bola keranjang, hoki, bola sepak, dan lain-lain lagi. Jurulatih atletik sangat pakar dalam menyusun strategi, mengemukakan teknik-teknik yang baru untuk para atlet…
Kelebihan Bekerja Selepas SPM 2023
Sebenarnya banyak kebaikan apabila anda bekerja selepas tamat peperiksaan SPM dan tamat sesi persekolahan. Tidak salah sekiranya berfikiran mahu bersuka-ria, berehat terlebih dahulu selepas tamat SPM namun sekejap sudah mencukupi. Jadi, sebelum anda menerima tawaran untuk menyambung pelajaran, anda mempunyai masa yang agak lama sebelum menyambung pengajian. Jadi, anda boleh bekerja selepas SPM untuk manfaatkan…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Arkitek (Architect)
Seorang arkitek adalah orang yang merancang dan mengkaji pembinaan bangunan seperti bangunan pejabat, kilang, dan sebagainya. Untuk mengamalkan, seni bina bermakna menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan reka bentuk bangunan dan ruang dalam laman web yang mengelilingi bangunan yang mempunyai penghuni manusia atau digunakan sebagai tujuan utama mereka. Adakah tuan-tuan/cikpuan adalah seorang arkitek? Apakah peranan sebagai…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering)
Kejuruteraan Kimia (Chemical Engineering) adalah cawangan kejuruteraan yang menggunakan prinsip-prinsip kimia, fizik, matematik, biologi, dan ekonomi untuk menggunakan, menghasilkan, merekabentuk, mengangkut dan mengubah tenaga dan bahan dengan cekap. Jadi, apakah ciri-ciri personaliti yang perlu ada seorang Jurutera Kimia?Apakah pengetahuan dan kemahiran yang Chemical Engineering perlu tahu? Ke manakah laluan kerjaya untuk seorang Jurutera Kimia? …
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Jurutera Awam (Civil Engineer)
Jurutera Awam adalah satu bidang yang sangat penting dalam membuat suatu projek pembinaan pada fasa awalan. Tugas jurutera awam ialah merekabentuk, menyelia, mengendali, membina dan menyelenggara projek dan sistem infrastruktur di sektor awam dan swasta, termasuk jalan, bangunan, lapangan terbang, terowong, empangan, jambatan, dan sistem untuk bekalan air dan rawatan kumbahan. Apakah personaliti/ciri-ciri yang perlu…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Ahli Farmasi (Pharmacist)
Ahli farmasi? Apa yang anda tahu tentang ahli farmasi(Pharmacist)? Apakah tugas sebagai ahli farmasi? Apakah kelebihan menjadi ahli farmasi? Apakah laluan kerjaya untuk seorang ahli farmasi? Apakah perbezaan di antara Farmakologi dan Farmasi? Kalau anda nak tahu, selain daripada mengedarkan ubat, ahli farmasi menyediakan pendidikan penjagaan kesihatan profesional pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan. Ahli farmasi secara meluas…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Wakil Perhubungan Awam (Public Relations Representative)
Wakil perhubungan awam membantu syarikat dalam membina dan mengekalkan imej awam yang positif. Tugasan yang dilakukan oleh wakil perhubungan awam adalah menulis dan mengeluarkan siaran akhbar, berinteraksi dengan ahli media, dan membina dan mengekalkan hubungan baik dengan ahli media dan individu dalam organisasi mereka. Wakil perhubungan awam juga mungkin bertanggungjawab untuk membangunkan inisiatif khidmat masyarakat…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Guru (Teacher)
Siapa di antara cikpuan/tuan-tuan mahu jadi seorang Guru/Cikgu? Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang guru? Apakah personaliti yang ada pada seorang cikgu? Apakah pengetahuan yang seorang guru perlu tahu dan akhir sekali, ke manakah laluan kerjaya seorang guru? Guru, bukan sahaja “cikgu” yang mengajar , mendidik atau membimbing kita malah guru juga umpama ahli…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Pemaju Permainan (Games Developer)
Games developer? pemaju permainan? Ada ke kerjaya sebagai “Games developer”? Mestilah ada, kenapa pulak tidak ada? Sekiranya, games developer ini tidak wujud, siapakah yang akan membuat permainan video yang anda sering gunakan itu? Jadi, adakah anda mahu jadi sebahagian daripada pemaju permainan? Games Developer adalah seorang profesional yang membantu membuat permainan video dari konsep ke…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Doktor (Doctor)
Doktor? Apa yang anda tahu tentang profesion sebagai seorang Doktor? Apakah kelayakan menjadi seorang Doktor? Apakah laluan kerja untuk Doktor? Bagaimana pula dengan kemahiran? Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang Doktor? Ada atau tidak di antara tuan-tuan/cikpuan dahulu bercita-cita mahu menjadi seorang Doktor? Siapa je yang tidak mahu menjadi seorang Doktor? Ada kebaikan dan…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Aktuari (Actuary)
Apa itu Aktuari(Actuary) ? Apakah pekerjaan sebagai aktuari? Apakah kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang Actuary? Apakah laluan kerjaya untuk Aktuari? Aktuari ialah seseorang yang menyusun dan menganalisis statistik dan menggunakannya untuk mengira risiko dan premium insurans. Aktuari mempunyai pemahaman yang mendalam tentang matematik, statistik dan pengurusan perniagaan. Dengan ini, mereka membantu perniagaan berkembang dan memberikan…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Psikologi (Psychologists)
Apa yang anda tahu tentang ahli psikologi ? Apakah syarat untuk menjadi doktor/ahli psikologi? Apa yang di pelajari dalam bidang psikologi? Apa perbezaan psikiatari dan psikologi? Berapa banyakkah jenis psikologi di Malaysia? Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang psychologists? Apakah personaliti seorang ahli psikologi? Buat pengetahuan tuan-tuan dan cikpuan, ahli psikologi ialah orang yang…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Tukang Masak (Chef)
Siapa di antara cikpuan/tuan yang ingin menjadi tukang masak yang terkenal? Ada atau tidak di antara cikpuan/tuan yang pernah atau baru mengambil bidang kulinari di instituti pengajian tinggi? “Apakah peranan sebagai seorang tukang masak?” “Apakah kemahiran yang perlu ada pada seorang Chef?” “Apakah personaliti seorang Chef?” “Apakah laluan kerjaya untuk tukang masak?” Gelaran “Chef “diberi…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Juruterbang (Pilot)
ADAKAH anda bercita-cita ingin memandu pesawat penumpang dalam usia yang muda? ADAKAH anda bercita-cita untuk menjadi seorang Juruterbang(Pilot)? Kerjaya sebagai juruterbang penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar juruterbang. Tetapi, anda kena tahu bahawa memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendaliannya amat berbeza.…
5 perkara yang boleh dilakukan oleh ‘job hunter’ semasa tempoh wabak Covid-19
Kebanyakan industri hampir lumpuh diseluruh dunia disebabkan berlakunya wabak Covid-19. Kuasa besar dunia, China teruk terjejas dan terpaksa menjalankan perintah berkurung di seluruh negara. Secara langsung ianya memberikan impak yang tinggi kepada statistik pengangguran dan pekerjaan di dunia. Sesetengah industri berkemungkinan akan mengambil masa untuk naik semula manakala ada industri yang akan mendapat permintaan yang…
Apakah industri yang masih membuka peluang pekerjaan semasa berlakunya wabak Covid-19?
Semua sedia maklum banyak sektor yang terkesan dengan wabak Covid-19 tetapi masih ada sektor yang masih membuka peluang pekerjaan antaranya dalam bidang perubatan, pembekal-pembekal barangan perubatan, bekalan makanan dan sebagainya. Antara syarikat yang mengumumkan peningkatan bilangan kemasukan pekerja di peringkat global adalah Walmart, rangkaian restoran makanan segera terutamanya yang mempunyai perkhidmatan penghantaran ke rumah dan…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Reka Bentuk Grafik (Graphic Designer)
Siapa disini meminati dengan reka bentuk grafik atau mana-mana yang berkaitan dengan seni visual? Ada atau tidak di antara cikpuan/tuan yang mengambil bidang “Graphic Designer”? Apa itu reka bentuk grafik ?Apakah contoh bentuk grafik dan peluang kerjaya untuk seni bentuk grafik? Apakah kemahiran yang perlu ada menjadi seorang reka bentuk grafik? Kalau anda mahu tahu,…
Info dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Kaunselor (Counselor)
Adakah anda suka membantu orang dalam menyelesaikan masalah mereka? Apakah kepentingan menjadi seorang kaunselor? Apakah fungsi/tugas seorang kaunselor? Bagaimana mahu menjadi seorang kaunselor dan apakah laluan kerjaya untuk kaunselor? Kaunselor merupakan kebolehan seseorang individu dalam menolong individu lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup seseorang itu. Peranan sebagai seorang kaunselor adalah menilai masalah seseorang…