Aktiviti Selepas SPM

Tahniah kepada para pelajar yang sudah selesai SPM. Kepada yang belum, teruskan perjuangan dan terus berusaha sehingga saat akhir! Kami mendoakan kejayaan tuan-tuan dan cikpuan.

“Saya sudah selesai SPM, apa yang perlu saya buat sekarang ni?”

“Macam tak fikir saja lagi apa nak buat. Duduk rumah sajalah,”

Cuti yang panjang, kami mencadangkan tuan-tuan dan cikpuan seperti berikut:

1. Tambah nilai diri.

Pergilah ke kem bina diri, kursus-kursus seperti asas perubatan kecemasan, berenang, menjahit, memasak, bahasa dan apa jua yang mampu menambah nilai diri dalam diri anda semua.

Tambah nilai diri bermaksud cikpuan dan tuan-tuan perlu tambah nilai diri dengan cara terus belajar dan menambah ilmu ke peringkat lebih tinggi, sejajar dengan pembelajaran sepanjang hayat cikpuan dan tuan-tuan semua.

2. Cari kerja.

Tambah pengalaman dalam bergaul dengan masyarakat yang bekerja kerana bila anda bergaul dengan masyarakat yang bekerja, anda mungkin mudah untuk mendapatkan pekerjaan tetapi sekiranya anda berkawan atau bergaul dengan orang yang tidak bekerja, mungkin hidup anda akan terjerumus dengan masalah yang akan menimpa hidup anda.

Sekurang-kurangnya tuan-tuan dan cikpuan merasa juga dapat duit daripada tidak dapat langsung kan!

3. Menambah baik perkara di rumah.

Bantu mak ayah, cat rumah, baiki almari yang sudah rosak, gantung frame gambar dan apa-apa jua yang membantu menambah baik keadaan di rumah.

Atau sekiranya tuan-tuan ataupun cikpuan yang mahir dalam bertukang, boleh lah membantu mak dan ayah dalam menghias kawasan rumah seperti membuat pagar-pagar kecil di tepi halaman rumah atau di mana-mana sahaja untuk dijadikan taman bunga untuk ibu yang suka menanam pokok bunga ni.

Di situ, bukan sahaja dapat mencantikkan rumah tetapi dapat merapatkan silaturrahim dengan mak ayah anda semua.

Akhir sekali, perkara yang paling penting adalah dalam masa cuti yang panjang, janganlah buang masa anda dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah tetapi anda perlu cari maklumat berkenaan tawaran biasiswa untuk sambung pengajian tinggi.

Selamat berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *