Ini adalah perkara yang anda perlu tahu sebelum job-hunting! Tidak kira sama ada anda seorang belia yang baru sahaja menamatkan pengajian atau sedang menganggur dan sebagainya. Sebelum memulakan misi job-hunting, terdapat beberapa proses yang perlu anda ketahui dan ambil peduli untuk memastikan bahawa anda telah jelas dan mengetahui laluan kerjaya yang ingin anda ceburi.
Perkara ini bukan hanya memfokuskan kepada sekeping resume atau sewaktu menjawab soalan temuduga kerja sahaja. Hal ini adalah salah faham paling besar dalam proses memburu kerja kerana apabila sudah mendapat kerja, perasaan tidak suka dengan pekerjaan atau ingin berhenti kerja dalam masa yang singkat akan hadir justeru perkara ini bakal merosakkan profil, imej dan resume anda.
Berikut adalah 4 fasa penting yang anda perlu lalui dalam misi memburu kerja:
- Self-Awareness
Anda perlu kenal diri sendiri dengan mengenal pasti kekuatan diri, kecenderungan minat dan kesesuaian dengan kerjaya di bidang apa. Untuk mengetahui aspek-aspek berikut, anda boleh gunakan personality tools seperti Holland Code.
- Market Awareness
Kita perlu mengambil tahu dan mengenal pasti sektor kerjaya yang sedang mendapat perhatian dan menjadi tarikan. Pemilihan sektor kerjaya yang menjadi buruan bukan sahaja membantu anda untuk lebih terbuka kepada kerjaya yang ditawarkan, bahkan dapat memberi jaminan untuk situasi-situasi yang tertentu.
Sebagaimana terdapat beberapa sektor kerjaya yang terkesan seperti industri pelancongan dan penerbangan sewaktu wabak virus Covid-19 yang mengakibatkan ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan. Oleh itu, kenal pasti dan ambil tahu tentang sektor kerjaya yang menawarkan peluang pekerjaan yang luas dan berkesesuaian dengan minat anda.
- Personal Branding
Perkara yang perlu diambil berat sebelum memburu kerja adalah anda perlu menyediakan profil seperti resume dan LinkedIn. Maklumat-maklumat tersebut perlu disediakan lebih awal dan bukan di saat-saat akhir.
- Experience
Anda boleh kumpul dan dapatkan banyak pengalaman kerjaya dengan melakukan kerja separuh masa (part-time), latihan industri (intern) dan banyak lagi.
Oleh itu, dalam proses mencari kerja anda perlu melalui fasa-fasa berikut untuk mencari pengalaman sebanyak yang mungkin. Di samping itu, anda juga dapat merasai sebuah kepusan apabila menerima gaji dan ilmu baru daripada setiap fasa-fasa yang dilalui itu.