Job Hunting: Persiapan Pelajar Tahun Akhir

Adakah anda seorang pelajar tahun akhir? Apakah persiapan yang perlu anda lakukan bagi pelajar tahun akhir? Pasti banyak benda yang harus anda lakukan.

Mungkin ada yang terus menyambung pengajian ke peringkat PhD, ada yang mungkin terus mencari kerja atau menyambung kerjaya masing-masing selepas tamatnya Industrial Training mereka.

Mari kita lihat apakah persiapan bagi pelajar tahun akhir.

 

Job Hunting: Persiapan Pelajar Tahun Akhir

Pertama, mulakan dengan mencari lubuk maklumat kerja kosong. Apabila anda merupakan seorang pelajar tahun akhir, sudah pasti anda akan mencari tempat-tempat untuk maklumat kerja kosong.

Sekarang ni zaman teknologi canggih, mudah sangat untuk anda mencari maklumat tentang kerja kosong. semuanya berada di hujung jari sahaja.

Zaman dahulu, anda harus mencari lubuk maklumat kerja kosong melalui keratan akhbar tetapi di zaman dunia serba canggih ni, hanya mencari melalui Internet sahaja.

Job Hunting: Persiapan Pelajar Tahun Akhir

Kedua, tambah nilai diri dengan kursus tambahan seperti belajar lebih daripada satu bahasa. Contohnya, tambah bahasa seperti bahasa Mandarin, English, Arab dan lain-lain lagi.

Selain itu, anda juga boleh belajar bagaimana untuk menggunakan FBads. FBads bermaksud Facebook Advertisement. Fbads bertujuan untuk membantu mempromosi dan menyebarkan info tentang produk atau servis anda dgn lebih CEPAT, MUDAH dan EFFECTIVE. FBads adalah medium yang TERBAIK untuk anda.

Atau anda boleh mengikuti apa-apa program untuk mendapatkan sijil dan mengumpulnya bagi mencantikkan lagi resume cikpuan/tuan di kemudian hari.

Job Hunting: Persiapan Pelajar Tahun Akhir

Ketiga, bangunkan platform media social profesional. Apabila anda berada di tahun akhir, anda haruslah mempunyai media social profesional maksudnya seperti Facebook mestilah nama sebenar anda bukannya nama singkatan atau nama yang tidak profesional.

Selain itu, email juga mestilah unik. Contohnya, anda boleh menggunakan nama anda untuk membuat email profesional. Jangan pula, anda menghantar email kepada syarikat menggunakan email yang tidak profesional seperti sweet@gmail.com, boys@gmail.com dan lain-lain lagi.

Job Hunting: Persiapan Pelajar Tahun Akhir

Keempat, kenali diri dengan ujian personaliti diri. Sebelum anda mencari maklumat tentang kerja kosong, kenali diri ada dengan ujian personaliti diri dahulu kerana apabila anda melakukan ujian ini anda akan tahu di mana laluan kerjaya anda yang sebenarnya.

Job Hunting: Persiapan Pelajar Tahun Akhir

Akhir sekali, WAJIB buat mak ayah gembira. Apabila anda buat mak ayah anda gembira, pasti akan ada sumber rezeki yang datang tidak kira dari sumber mana sekalipun sama ada dari segi wang, kerja mahupun makanan.

Allah sudah tetapkan jalan hidup setiap manusia. Ada rezeki Alhamdulillah, kalau belum sampai rezeki itu lagi, jangan putus asa tetapi teruskan berusaha!

 

Semoga Berjaya di masa hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *