Kemahiran yang perlu ada untuk menjadi seorang doktor pakar obstetrik dan ginekologi adalah:
1. Rasa simpati dan empati
Seorang doktor perlu ada rasa simpati, bimbang dan empati terhadap kesakitan orang lain dan cuba menyelami perasaan berada di tempat orang yang sedang sakit. Kena ada juga rasa kasihan bila tengok orang sakit. Bukan apa, cuba kita faham perasaan ada di tempat pesakit tu tak pun Jika seseorang doktor itu mempunyai rasa simpati terhadap pesakit, maka beliau mesti akan cuba sedaya upaya dan menggunakan segala kemahiran dan kepakaran yang ada untuk merawat pesakit.
2. Kesabaran
Bukan senang untuk menjadi seorang yang penyabar terutama ketika berhadapan dengan ramai orang. Disinilah kita dapat tengok sama ada seseorang itu sesuai atau tak untuk jadi seorang doktor obstetrik dan ginekologi.
3. Teliti
Mahu jadi seorang doktor mestilah kena teliti kalau tidak macam mana mahu check pesakit kalau tidak teliti. Yelah, sebelum nak sahkan sakit pun nak kena check dulu keadaan pesakit kan. Alamatnya, ramai lah yang sakit sebab tak teliti dengan penyakit yang dialami pesakit. Kalau patient mengadu sakit ke, nak atau tak nak, kecik atau besar, sakit sedikit atau sakit kritikal, semua faktor doktor kena ambik kira. Itulah namanya alert dengan keadaan patient tu.
4. Berfikir secara kritikal
Berfikir secara kritikal bermaksud seorang doktor tu perlulah berfikir di luar kotak (think out of the box). Boleh jadi sakit yang dialami oleh patient tu sakit yang ada di luar bidang kepakaran jadi kena ambik kira banyak perkara sebelum nak diagnose patient tu.
5. Kemahiran berkomunikasi
Bila berhadapan dengan ramai orang ni confirm kena cakap. Nak jadi doktor mestilah kena cakap dengan patient tu kan kalau tak macam mana nak bagitau condition patient tu tak kiralah kamu ni sejenis introvert ke extrovert ke. Kalau senyap sahaja tak bagitau apa-apa boleh pengsan sekejap patient tu kalau dapat tahu dia tiba-tiba sakit dan kena terima rawatan tak pun sejenis gugup bila berhadapan dengan orang. Kena faham penting ye untuk belajar cara cakap. Nak taknak kena gilap kemahiran berkomunikasi juga.