Memilih kerjaya yang sesuai dengan minat dapat membantu individu mencapai kejayaan dan kepuasan melakukan sesuatu pekerjaan. Proses pemilihan kerjaya ini boleh membantu anda untuk memilih bidang yang tertentu sekiranya anda perlu membuat pilihan sebelum melanjutkan pengajian. Kami kongsikan 5 langkah untuk kenal pasti kerjaya yang sesuai dengan anda!
1. Buat Penilaian Kerjaya
Penilaian ini akan membantu anda memahami kekuatan, kelemahan, minat dan nilai-nilai anda. Dengan memahami diri anda dengan lebih baik, anda boleh membuat keputusan yang lebih baik tentang kerjaya yang sesuai untuk anda. Penilaian kerjaya ini boleh dijalankan seawal di peringkat sekolah ataupun pada bila-bila masa sahaja kerana anda sentiasa menambahbaik diri dengan ilmu dan kemahiran yang baru dalam setiap peringkat usia, tahap pendidikan mahupun setelah menjawat jawatan tertentu.
2. Cari Persamaan
Selepas anda mempunyai senarai pilihan, cari persamaan antara minat, kekuatan dan nilai-nilai anda dengan keperluan dan tuntutan kerjaya dalam senarai tersebut. Ini membantu anda menyaring pilihan anda untuk kerjaya yang paling sesuai. Anda mungkin juga perlu bandingkan persamaan-persamaan ini tetapi pada industri yang berbeza. Sebagai contoh, kerjaya sebagai juruteknik tetapi di industri pembuatan dan hospitaliti mungkin mempunyai persamaan dari sudut kekuatan dan kemahiran yang diperlukan secara asas tetapi mungkin ada nilai yang berbeza kerana perbezaan industri.
3. Bina Hubungan Profesional
Hubungi orang-orang yang berada dalam bidang kerjaya yang anda pertimbangkan dan minta nasihat mereka. Jaringan boleh membantu anda mendapatkan maklumat tambahan tentang kerjaya dan peluang dalam bidang tersebut. Perkara ini boleh dilakukan dengan menghubungi mereka secara profesional di ruangan media sosial, ketika anda menjalani latihan industri atau semasa karnival kerjaya di mana anda dapat berhubung terus dengan bakal majikan.
4. Rujuk Mentor
Cari seorang mentor atau penasihat kerjaya yang boleh membimbing anda dalam proses memilih kerjaya. Mentor ini boleh memberikan pandangan berharga dan nasihat yang berterusan untuk membantu anda mencapai matlamat kerjaya anda.
Memilih kerjaya yang sesuai dengan minat adalah amat penting kerana ia pastinya boleh memberikan pulangan bukan sahaja dalam bentuk kewangan, malah boleh memberikan kepuasan kepada diri sendiri.