Menerima panggilan untuk hadir ke temu duga pastinya momen yang paling dinanti-nantikan oleh setiap pencari kerja. Namun, untuk memastikan peluang emas ini tidak terlepas begitu sahaja, persediaan yang teliti adalah perkara utama yang harus diambil kira. Jadi, bagaimana anda boleh bersedia sepenuhnya sebelum melangkah masuk ke bilik temu duga?
Berikut adalah 5 langkah penting yang wajib anda lakukan sebelum menghadiri temu duga:
- Balas e-mel
Setelah menerima e-mel daripada pihak syarikat, anda perlu membalas e-mel tersebut untuk menyatakan persetujuan untuk ditemu duga pada waktu, hari dan lokasi yang telah yang dinyatakan.
Research
Berbekalkan dengan tempoh masa yang diberikan, perkara penting yang perlu dilakukan oleh calon temu duga adalah membuat research tentang syarikat. Daripada maklumat yang diperolehi, calon boleh ‘meminjam’ maklumat-maklumat ini untuk menjawab soalan-soalan yang diutarakan oleh panel penemu duga. Antara maklumat yang perlu diketahui oleh calon adalah seperti:
a) Nama dan anak syarikat (sekiranya ada)
b) Visi dan misi syarikat
c) Saiz syarikat
d) Jenis operasi syarikat (Pengeluaran atau Perkhidmatan)
Daripada maklumat tersebut, calon boleh mendapat gambaran awal tentang environment dan culture syarikat tersebut.
- Rujuk iklan kerja
Elemen yang perlu dilihat semula oleh setiap calon pada iklan kerja yang diminta adalah pada bahagian responsibilities dan requirements. Daripada bahagian tersebut, calon dapat menceritakan pengalaman relevan daripada pengalaman yang lepas dengan perkara yang diiklankan oleh pihak syarikat.
- Semak semula
Antara perkara yang tidak dianggap penting oleh para calon adalah untuk menyemak semula tarikh, masa dan lokasi temu duga yang akan dihadiri. Calon disarankan untuk hadir sejam lebih awal terutama jika lokasi tersebut berada di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas serta sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
- Sediakan soalan
Setiap calon diingatkan untuk menyediakan satu soalan spesifik yang akan ditanyakan pada panel penemu duga berkaitan dengan syarikat yang dihadiri. Soalan yang disedakan boleh berdasarkan tentang syarikat atau jawatan yang dipohon. Tindakan ini menunjukkan bahawa anda benar-benar tertarik untuk bekerja di syarikat mereka. Tidak bertanyakan soalan di akhir temu duga boleh menunjukkan yang anda tidak begitu berminat untuk bekerja.
Diingatkan bahawa temu duga adalah satu peluang bukan sahaja kepada pihak majikan untuk mengenalpasti samada anda adalah calon yang sesuai untuk bekerja dengan mereka tetapi juga kepada diri anda sebagai calon untuk kenal bakal majikan dengan lebih rapat lagi sebelum menerima tawaran. Jadi, bersedialah sehabis baik bagi memastikan peluang tersebut tidak berlalu begitu sahaja.